Kebangkitan Liew Daren menang di poland



Kuala Lumpur: Selepas dikritik hebat minggu lalu berikutan prestasi teruk sejak awal musim 2015, Liew Daren bangkit membuktikan dia masih relevan untuk mewakili negara.
Pemain perseorangan lelaki negara itu berjaya muncul juara Cabaran Antarabangsa Terbuka Poland 2015 apabila menumpaskan Emil Holst dari Denmark 21-15, 21-11 awal pagi semalam.
Sebelum ini Daren seakan-akan hilang arah dan pernah mengakui tidak tahu lagi bagaimana untuk bermain selepas kalah pusingan kedua Grand Prix (GP) Emas Terbuka Switzerland 2015.
“Saya gembira berjaya merangkul kejuaraan di sini (Poland) terutama mselepas tumpas di Switzerland minggu lalu,” katanya ketika dihubungi semalam.
Daren yang diletakkan sebagai pilihan kelapan mengambil masa 34 minit untuk menumbangkan Holst.
Petanda awal dia mampu melakukan sesuatu di kejohanan itu apabila menumpaskan pilihan utama, Rasmus Fladberg juga dari Denmark 21-13, 22-20 di suku akhir.
“Kemenangan ini juga menaikkan semangat saya untuk beraksi di Siri Super Premier Terbuka Malaysia 2015 minggu depan.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan walaupun sebelum ini saya banyak kali mengecewakan anda. Memang ini kejohanan kecil tetapi sangat penting buat saya,” katanya dalam laman sosial, Facebook semalam.
Daren akan beraksi di pusingan kelayakan di Terbuka Malaysia minggu depan dan berkemungkinan akan menentang Mohd Arif Latif untuk mencari slot ke undian utama.
Turut cemerlang di Poland gandingan beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang muncul juara selepas menumbangkan pasangan India, Akshay Dewalkar-Pradnya Garde 28-26, 21-18.



Kredit  to Harian metro

Keputusan badminton di Swiss Open 2015 (Pasukan Malaysia)


March 10
Round 1
Men's Singles
-Soo Teck Zhi Vs [CHN] Tian Houwei[4]: 14-21 5-21
-Liew Daren Vs [CZE] Matthias Almer: 21-19 21-13
-Zulfadli Zulkiffli Vs [ENG] Rajiv Ouseph[6]: 21-15 21-14
-Beryno Jiann Tze Wong Vs [CZE] Petr Koukal: 21-18 18-21 21-15
-Muhamad Arif Abdul Latif Vs [CRC] Dmytro Zavadsky: 21-9 21-18

March 11
Result
Women's Doubles
-Amelia Alicia Anscelly/Soong Fie Cho Vs [EST] Kati-Kreet Marran/Sale-Liis Teesalu: 21-12 21-12 in 24 minutes
Mixed Doubles
-Chan peng Soon/Goh Liu ying Vs [TPE] Wu Hsiao lin/Chen Hsieh Pei: 21-13 21-13 in 25 minutes
Round 2
Men's Singles
-Liew Daren Vs [IND] Anand Pawar[16]: 21-13 20-22 16-21 in 57 minutes
-Zulfadli Zulkiffli Vs [FRA] Lucas Claerbout: 21-8 21-10 in 30 minutes
-Beryno Jiann Tze Wong Vs [IND] B. Sai Praneeth[12]: 11-21 13-21 in 23 minutes


March 11
Result
Round1
Men's Doubles
-Goh V Shem/Tan Wee Kiong Vs [GER] Raphael Beck/Andreas Heinz: 19-21 21-18 21-11 in 49 minutes
Round 2
Men's Singles
-Muhamad Arif Abdul Latif Vs [DEN] Viktor Axelsen[2]: 21-10 14-5 Retired

March 12
Result
Women's Doubles
-Amelia Alicia Anscelly/Soong Fie Cho Vs [GER] Hohanna Goliszewski/Carla Nelte: 21-16 18-21 21-16 in 46 minutes
Mixed Doubles
-Chan peng Soon/Goh Liu ying Vs [INA] Riky Widianto/Puspita Richi Dili[4]: 17-21 19-21 in 39 minutes
Round 3
Men's Singles
-Zulfadli Zulkiffli Vs [INA] Christie Honatan: 21-16 18-21 13-21 in 69 minutes


March 13
Result
Quarterfinal
Men's Doubles
-Goh V Shem/Tan Wee Kiong Vs [JPN] Takuto Inoue/Yuki Kaneko: 23-21 21-18 in 39 minutes

March 14
Result
Semifinal
Men's Doubles
-Goh V Shem/Tan Wee Kiong[6] Vs [INA] Gideon Markus Fernaldi/Kevin Sanjaya Sukamuljo[7]: 21-19 21-19 in 32 minutes


March 15
Final
Result
Men's Doubles
-Goh V Shem/Tan Wee Kiong[6] Vs [CHN] Cai Yun/Lu Kai[3]: 19-21 21-14 17-21
Winner: Cai Yun/Lu Kai[3]
Runner-Up: Goh V Shem/Tan Wee Kiong

Wednesday, March 11, 2015

Kenapa Kita Perlu Tutup Cermin Di Rumah Apabila Berlaku Kematian?Inilah Jawapan Serta Hukumnya.

Perbuatan pelik, ada jenazah cermin pula ditutup. Menutup cermin-cermin muka dengan kain apabila jenazah ada didalam rumah hampir menjadi kebiasaan masyarakat kita. Timbul juga tanda tanya mengapa amalan menutup cermin ini dilakukan apabila ada jenazah didalam rumah, namun memandangkan situasi yang tidak sesuai, persoalan ini selalu disimpan dan akhirnya dilupakan begitu saja.

Namun, bila melihatkan amalan menutup cermin dengan kain ini hampir menjadi kemestian, persoalan ini perlu mendapat penerangan yang jelas. Apa hukumnya dalam Islam perbuatan menutup cermin muka ketika ada jenazah didlam rumah. Berikut ialah maklumat yang perolehi dari sebuah laman soal jawab agama. Wallahu’alam bissawab

Hukum Menutup Cermin Muka Ketika ada Jenazah di Dalam Rumah

     Assalamualaikum ustaz,

    Ada tuan rumah yang cover cermin-cermin muka di rumah dengan kain semasa ada jenazah. Saya tidak bertanya mengapa. Harap ustaz jelaskan hukum melakukannya.

    Terima kasih.

Ini jawapan:

Bismillahi wal hamdulillah,

Kami tidak menjumpai saranan dari Rasulullah saw supaya menutup cermin-cermin muka ketika terdapatnya jenazah dalam rumah tersebut. Apa yang kami temui ialah ianya merupakan amalan orang tua-tua dahulu yang beranggapan bahawa, cermin hanya digunakan oleh Si Mati ketika hidupnya sahaja. Apabila telah mati, cermin tersebut tidak berguna lagi kerana mengikut Kepercayaan Kuno Masyarakat Hindu, roh atau hantu tidak boleh melihat dirinya dalam cermin.

Maka untuk menjaga hati dan perasaan serta bagi menghormati ruh tersebut, setiap cermin muka dirumah simati tersebut perlulah ditutup. Perbuatan tersebut mengikut syarak adalah dilarang kerana ianya adalah perbuatan yang tidak dilakukan oleh Rasulullah saw serta dianggap sebagai satu perbuatan khurafat yang menyalahi syarak.


Kredit to Sport musang

Tuesday, March 10, 2015

Mereka Tahu Kebenaran Islam, Kufur Hanya Kerana Dengki



…dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. (Ali-Imran:19)
Mereka Tahu Tentang Kedatangan Nabi Akhir
Semasa golongan Yahudi berada di Madinah mereka bekerja sebagai petani. Mereka selalu bergaduh dengan Bumiputera Madinah yang merupakan golongan peniaga. Apabila bergaduh, mereka selalu berdoa dan mengadu kepada Allah “dengan keberkatan kitab yang diturunkan kepada nabi akhir zaman”. Namun apabila Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan, mereka mengingkari Baginda walaupun Baginda juga mengesahkan kebenaran kitab Injil dan Taurat serta Kenabian Nabi Isa dan Nabi Musa
Dalam al Quran Allah berfirman; “ya’rifunahu kama ya’rifuna abnaahum.” yang bermaksud “mereka mengenalinya (Nabi Muhammad saw) sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka.”. Ibubapa tetap akan kenal anak mereka walaupun lama terpisah. Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian).
Hanya Kerana Dengki
An-Nisaa [54] : Atau patutkah mereka dengki kepada manusia (Nabi Muhammad dan umatnya) disebabkan nikmat (pangkat Nabi dan agama Islam) yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya?
Golongan Yahudi dan Nasrani merasa dengki dengan jawatan Nabi yang diberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Baginda Mulia tidak pernah meminta jawatan dan pangkat kenabian itu. Bahkan Baginda melarang para sahabatnya meminta-minta jawatan.
Perhitungan (perkiraan amal) di Padang Mahsyar bagi golongan yang kufur ini sangat cepatkerana mereka tidak memilik Kalimah Syahadah dan terus dijatuhkan ke dalam neraka semasa meniti Sirat.
Tidak Perlu Berhujah Dengan Mereka Kerana Mereka Sudah Tahu Kebenaran.
Mereka hanya sekadar ingin mengelirukan sahaja. Kedatangan nabi Muhammad SAW sudah diterangkan dalam kitab-kitab mereka. Berbeza dengan bangsa Arab yang buta huruf pada masa itu dan tidak juga didatangkan kitab tentang kebenaran.
Oleh sebab itu jika mereka berhujah (menyangkal dan) membantahmu (wahai Muhammad), maka katakanlah: Aku telah berserah diriku kepada Allah dan demikian juga orang-orang yang mengikutku.Dan bertanyalah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab dan orang-orang yang Ummi (orang-orang musyrik Arab): Sudahkah kamu mematuhi dan menurut (agama Islam yang aku bawa itu)? Kemudian jika mereka memeluk Islam, maka sebenarnya mereka telah memperolehi petunjuk dan jika mereka berpaling (tidak mahu menerima Islam), maka sesungguhnya kewajipanmu hanyalah menyampaikan (dakwah Islam itu) dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat (tingkah laku) sekalian hambaNya. (Ali-Imran:20)

Kredit to nasbun nurain

Sunday, March 8, 2015

Cara Root Oppo Yoyo

[R2001] OPPO YOYO -ROOT/CWM/REPARTITION Cara root Oppo Yoyo amat mudah.


Download Vroot kemudian install di pc/laptop.


Download: Vroot 1.7.3http://www.mediafire.com/download/1bk4538o8f6913z/VRoot_1.7.3.4863_english.exe


1. Pastikan pc tidak online.2. Aktifkan USB debugging di Yoyo anda.3. Jalankan Vroot di pc.4. Sambungkan Yoyo anda ke pc dan tunggu Vroot verify Yoyo anda.5. Akan muncul "ROOT" di bahagian bawah kanan Vroot.6. Tekan ROOT dan tunggu hingga muncul COMPLETE.7. Cabut usb dan proses root selesai bila muncul app Superuser di Yoyo anda.


----- ----- -----


CWM RECOVERY


Download: OPPO YOYO CWMhttp://www.mediafire.com/download/3a8z5ia68xtcneb/OPPO-yoyo_cwm_recovery.img


Letak OPPO-yoyo_cwm_recovery.img di sdcard.


Download: MobileUncle Tools v2.9.9http://www.mediafire.com/download/y910dj41k5b7o76/MobileUncle-20140111v2.9.9.apk


1. Install MobileUncle di Yoyo.2. Pastikan Yoyo tidak online.3. Jalankan MobileUncle.4. Pilih "RECOVERY UPDATE".5. Pilih "OPPO-yoyo_cwm_recovery.img".6. Selesai.


Utk mengekalkan custom recovery di Yoyo anda, gunakan Root Explorer dan pindahkan atau delete file recovery-from-boot.p dari system/etc/


Untuk masuk ke CWM recovery, matikan hp anda dan tekan button POWER & VOL DOWN serentak, atau melalui MobileUncle pilih "Into Recovery".


----- ----- -----


REPARTITION INTERNAL STORAGE


Download: R2001_RePartition_signed.ziphttp://www.mediafire.com/download/xxhfiyaxb8nnir3/R2001_RePartition_signed.zip


Letak di sdcard.


1. Masuk ke CWM.2. Pilih 'install zip'.3. Pilih 'choose zip sdcard'.4. Pilih 'R2001_RePartition_signed.zip'.5. Setelah masuk ke menu pilih bahasa.6. Pilih '2GB' dan tunggu hingga selesai.7. Kembali ke CWM pilih 'go back' dan 'reboot phone'.


Selesai, lihat di setting > storage.


Lepas tu pergi ke play store, download superSU, install. Bila selesai, uninstall apss superuser yg mula2 td dr phone (vroot) sbb yg tu tulisan cina, lau fhm bahasa cina leh skip step ni.


Kredit to OPPO User Group (Malaysia)®

Thursday, March 5, 2015

RESEPI CHAR KUEY TEOW PENANG

200 gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 sk petis
2 sb pati ikan bilis / pati udang
2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
1 sk gula
* UTK MEE *
300 gm kuey teow
1 sb cili boh
kerang
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur
Cara-cara
UTK PASTE-
1. Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
UTK MEE-
1. Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
2. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.
p/s: selamat mencuba, dah jadi jangan lupa gitau! tapi papepun, yg penting jiwa semasa memasak..kalau korang nak adjust ape yg kurang or lebih, pon boleyh..janji sedap...alaaa kira cam try n error la...xcuba xthu kannnnn...


Kredit to kerja dari rumah

Tuesday, March 3, 2015

RESEPI MEE HAILAM


Bahan-Bahannya:

1. 600 gm mee kuning
2. 100 gm isi ayam - hiris nipis
3. 100 gm udang
4. 250 gm sawi hijau - potong kecil
5. 100 gm bunga kubis - hiris
6. 100 gm kobis - hiris
7. 1 biji cili merah - mayang
8. 1 sudu besar serbuk lada hitam
9. 3 sudu besar kicap pekat
10. 3 sudu besar sos tomato
11. 3 sudu besar minyak
12. 1 cawan air
13. 4 ulas bawang putih - ketuk
Bahan hiasan :
1. 3 batang daun sup - potong pendek
2. 3 batang daun bawang - potong pendek
3. 1 biji cili merah - hiris
4. garam - jika perlu
Caranya:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam dan air. Biarkan sehingga lembut. Bila ayam sudah masak, masukkan udang. Kacau hingga rata.
2. Masukkan kicap, sos tomato, lada hitam dan mee kuning . Kacau hingga rata. Masukkan bahan sayuran lain. Kacau hingga rata.
3. Angkat dan masukkan dalam pinggan dan taburkan daun sup, daun bawang dan cili merah. Sedia dihidangkan.

Kredit to kerja dari rumah
Terima kasih

Sunday, March 1, 2015

Belajar buat Apam Balik

Resepi
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 biji telur
1 1/2 cawan air
2 sudu besar susu tepung
Sedikit pewarna kuning jika suka
Blenderkan sebati
Perap 1 jam.

Inti
Kacang tanah kisar
Jagung tin
Mentega
Gula
Coklat rice

Caranya 
Buat atas kuali non stick jgn sapu minyak..buat mcm pankek .tabur atas apam gula kacang tanah.jagung coklat dan sedikit mentega..sukati la inti nk taruk apa.
Apam balik yang dh siap sapu mentega.

Khasiat Limau Kasturi

10 REMEDI DARI LIMAU KASTURI 

1 . Remedi Batuk
limau+kicap+garam = minum setiap pagi and malam …batuk akan beransur pulih

2 . Remedi Demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau kasturi. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

3. Remedi Ketiak
Siapkan limau kasturi yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.


4 . Remedi Pening Kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.


5 . Remedi Lelah
Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalamilelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali

.
6 . Remedi Kurus
Perahan limau kasturi yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.


7 . Remedi Kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau kasturi. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.


8 . Remedi Menghilangkan Minyak Pada Baju
Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.


9 . Remedi Wangian Rambut
Ambil beberapa biji limau kasturi & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau kasturi juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.


10 . Remedi Kilatkan Cermin Mata
Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.


SELAMAT MENCUBA

Datuk Ong Kim Swee senaraikan barisan terkuat untuk skuad Malaysia U23 (Sukan Sea) :

Kedah:
- Mohd Farhan
- Firdaus Muhamad
- Syazwan Tajuddin
- Syafiq Ahmad
- Hanif Mat Dzahir
Perak:
- Norhakim Isa
- Hafiz Ramdan
- Fikri Sudin
- Hamizul Izaidi
- Raffi Nagoorgani
Harimau Muda B:
- Syahrul Azwari
- Nazirul Naim Che Hashim
- Farhan Abu Bakar
- Shahrul Saad
JDT:
-Amir Saidin
- Fandi Othman
JDT 2:
- Shafiq Shaharudin
- Akram Mahinan
- Che Rashid Halim
- Fazly Mazlan
Sabah:
- Rozaimi Abdul Rahman
Terengganu:
- Sharin Sapien
Selangor:
- Nazmi Faiz Mansor
Pahang:
- D.Saarvindran
- Nor Azam Azih
N.Sembilan:
- Yatim Abdullah
PKNS FC:
- Arip Amiruddin
T-Team FC:
- Arif Fadzillah Abu Bakar
Kelantan:
- Ferris Danial Mat Nasir
Perlawanan persahabatan yang di rancang:
Malaysia U23 vs Thailand U23
Malaysia U23 vs Korea Utara U23
Malaysia U23 vs Australia U23
Malaysia U23 vs China U23

kredit to harimau malaya

terima kasih

PAKEJ MENJaDI AGENT TOPUP BULAN MAC



Cara untuk mendaftar menjadi Agent Topup ialah 

1) pilih salah satu Pakej di atas ,sebelah pilih salah satu pakej bank in kepada Dealer untuk pakej+modal(modal ialah berapa yang kita hendak dlm acc kita cth;kita nk topup custemer rm10 kita kena ada dalam acc kita rm10 sekurang2nya.

2) selepas bank in Dealer akan create acc untuk agent  melalui hp yang akan digunakan oleh agent tersebut

3)selepas Dealer create acc untuk agent , agent perlu log in di web kompany



log in gunakan pasword yang diberi

selepas itu perlu tukar pasword yang baru


cth tukar pasword




Selepas itu agent sudah boleh topup custemer



cara2 topup custemer melalui web


contoh bayar bill

contoh topup pakai web


cara nk topup melalui sms




yang perlu anda buat untuk topup melalui sms ialah save no gateway mengikut telco awk,cth telco awk maxis awk save gateway maxis,kalau celcom save celcom


selepas in cara nk topup ikut contoh dekat comand iaitu topup contoh di sample


sekian

jika berminat hendak menjadi agent Topup boleh PM saya di no tl013 3235654 boleh call,sms,whatapp dan telegram atau emai ke dramir3gp@gmail.com

app untuk hp :Download

terima kasih

Cerdik Tetapi Tidak Mempraktikkan Ilmu


Ramai orang faqih (cerdik) tetapi tidak faqih (beramal dengan ilmunya); sesiapa yang ilmunya tidak bermanfaat untuk dirinya, nescaya kejahilannya akan membawa mudarat terhadap dirinya. Bacalah Ai-Quran selagi ia mencegahmu, apabila ia tidak mencegahmu (dari hal-hal yang dilarang) bererti kamu tidak membacanya (Riwayat Thabrani)
Kadang-kadang ada orang yang memiliki ilmu tetapi ilmu itu tidak dipraktikkan atau amalannya berlainan daripada ilmunya.
Kadang-kadang ada org faqih (cerdik) tetapi tidak cerdik (tidak beramal dengan kecedikannya) kerana tidak mengikuti ilmunya.
Sesiapa yang ilmunya tidak memandunya ke arah kebaikan, maka kejahilan akan merosakkannya.
Kadang-kadang ada orang yang membaca ayat-ayat quran tentang perkara yang dilarang atau diharamkan Membaca quran tetapi tidak mempraktikkan isi kandungannya seperti tidak patuh kepada larangan Allah seolah-olah tidak membacanya (walaupun memdapat pahala bacaan)  Jika bacaan quran itu tidak boleh menyekat pembacanya dari melakukan apa yang dilarang, ia bermakna bacaannya itu tidak memberi faedah kepadanya. Misalnya dia membaca ayat tentang larangan seperti “Jangan menghampiri zina” tetapi dia tidak mematuhinya..

Kredit to Nasbun nurain