Yang Berbahagia/Dato'/Datin/Tuan/
PER: PEMAKLUMAN MYCARE DAN NOTIS PERPINDAHAN
Kepada para penyumbang sekalian
1. Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Aqsa Syarif kini telah dikendalikan di bawah Humanitarian Care Malaysia Berhad (729288-P) secara rasmi mulai 16 Julai 2014. Struktur baru organisasi kemanusiaan ini akan mula beroperasi pada 1 Januari 2015 di lokasi baru berikut: No 1, Taman Sungai Besi Indah 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA No. Telefon- +603-8941 2341 No. Faks- +603-8941 2034 Email- admin@mycare.org.my
2. Untuk makluman, no.akaun untuk memasukkan sumbangan perlu dibuat atas nama "Humanitarian Care Malaysia Berhad"
Maybank Islamic Berhad - 5515 7500 4299 CIMB Islamic Bank Berhad - 8602 135 592 Bank Islam Malaysia Berhad - 1209 2010 0349 04 Pemakluman berkaitan sumbangan hendaklah dihantarkan ke account@mycare.org.my
3. Semua sumbangan yang tidak dimaklumkan tujuannya, akan dimasukkan ke dalam Tabung Amanah.
Perlu diingatkan bahawa, resit akan diberi atas permintaan. Bagi mendapatkan resit, hantarkan maklumat peribadi*, bukti transaksi**, dan nyatakan destinasi negara*** ke account@mycare.org.my atau +6013-744 4760 (whatsapp, telegram, atau sms sahaja). Pengesahan sumbangan akan diterima melalui sms atau emel. *nama penuh, nombor telefon, alamat surat menyurat ,dan emel (jika ada). **tarikh, masa, bank, dan jumlah sumbangan. ***Palestin, Syria, Iraq, Myanmar, Kemboja dll.
Terima kasih di atas sokongan yang telah diberikan kepada Aqsa Syarif dalam usaha untuk membebaskan bumi Palestin selama ini. Sama-sama kita berdoa semoga saudara kita di Bumi Al-Aqsa, Syria, Iraq, Myanmar, Kemboja dan negara-negara lain mendapat kemenangannya. InsyaAllah. Amin.
Sekian, wassalam. Yang diamanahkan,
Encik Kamarul Zaman Shaharul Anwar
Pengurus Besar |
No comments:
Post a Comment