Langkah yang diambil oleh Microsoft itu dilihat sebagai usaha untuk meningkatkan penggunaan sistem operasi Windows 8 dan keluaran terbaharunya Windows 10 tidak lama lagi.
Penamatan tersebut tidak bermakna pengguna Windows 7 akan menghadapi masalah dengan sistem komputer mereka, sebaliknya pengguna kini perlu membayar untuk sokongan am bermula 13 Januari 2015.
Pengguna walau bagaimanapun telah diberitahu agar tidak panik kerana syarikat itu berjanji untuk terus memberikan sokongan lanjutan untuk Windows 7 selama lima tahun lagi sehingga 14 Jan 2020.
Kredit to Astro Awani
No comments:
Post a Comment