Thursday, February 26, 2015
Wednesday, February 25, 2015
RESIPI BOKASHI SEPINGGAN LENGKAP
Bahan bahannya1. Bekas yg ada penutup.. boleh diupgrade letak kepala paip (supaya senang nak ambik tehnya) kalo idak..kena ceduk dr atas..susah skit la2. Sisa makanan.. segala2 yg kita makan dan tak abis.. termasuk tulang lembu,ayam,ikan,nadi,sayur,kulit buah, kulit telur, nasi,mi..3. Gula merah. Ratio 1kg sisa:1kg gula merah
Cara caranya1. Tabur gula merah pada dasar bekas lbh kurang seinci.2. Basuh sisa dgn penyejat untuk membilas minyak. 3. Masukkan dalam bekas yg telah tersedia.4. Tutup rapat rapat supaya tidak dihurung lalat.
Sekiranya ingin menambah sisa1. Masukkan sisa ke dalam. 2. Setelah sisa setebal 4 inci, tabur semula gula merah anggaran 2 inci.
#pemerhatian*Sekiranya sisa peraman berbau masam busuk, bermaksud gula merah tidak mencukupi. Sila tambah gula merah* Untuk percepatkan pereputan, boleh dimasukkan air basuhan pertama beras. 1 kali aje utk permulaan* Peram selama 3 bulan setelah bekas penuh. Setelah 3 bulan, tuai teh hingga btl2 kering.Sisa peraman dicampur dgn tanah utk medium penanaman
TEH BOKASHI boleh dituai setiap tiga hariTeh dilarut 1:10 dengan air yang bebas klorin untuk siraman atau spray pada daun dan batang.
Boleh jg dijadikan pencuci toilet,longkang,simen
- 1. Kepala paip tu tujuannya spy sng tuai tehnya kerana air yang terhasil tidak banyak.
- 2. Kita peram sisa hingga 3 bulan, dlm proses peraman tu akan terhasil air. Jd air tu yg kita tuai setiap tiga hari.
- 3. Dilute 1:10 dgn air tanpa klorin (air paip ditakung > dibiar dlm baldi dlm 3 hr)
- 4. Campuran tu blh dispray sbg bj foliar atau siraman
Kredit to KebunBandarJomTanamSendiri
TUTORIAL MENUKAR FONT SELAIN PILIHAN YANG TERDAPAT DI DALAM IFONT.
Assalamualaikum... seperti yang
dijanjikan...
Cara-caranya ialah :.
Cara-caranya ialah :.
1. ROOT FONT ANDA
2. INSTALL IFONT-DOWNLOAD DI PLAYSTORE
3. DOWNLOAD FONT KESUKAAN ANDA DI SINI
2. INSTALL IFONT-DOWNLOAD DI PLAYSTORE
3. DOWNLOAD FONT KESUKAAN ANDA DI SINI
4. EXTRACT FONT YANG TELAH DI
DOWNLOAD-LETAK DI DALAM SATU FOLDER- PASTIKAN FONT ITU DALAM FORMAT ttf..
5. BUKAK IFONT
6. RUJUK GAMBAR 1- pergi ke my font
7. RUJUK GAMBAR 2- tekan click this
8. RUJUK GAMBAR 3- pilih tempat di mana simpan font tadi
9. RUJUK GAMBAR 4- pilih font kesukaan anda*format ttf*
10. RUJUK GAMBAR 5- tekan set-reboot-siap
6. RUJUK GAMBAR 1- pergi ke my font
7. RUJUK GAMBAR 2- tekan click this
8. RUJUK GAMBAR 3- pilih tempat di mana simpan font tadi
9. RUJUK GAMBAR 4- pilih font kesukaan anda*format ttf*
10. RUJUK GAMBAR 5- tekan set-reboot-siap
yeay!!!
Wednesday, February 11, 2015
Tarif elektrik turun
PUTRAJAYA 11 Feb. - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air hari ini mengumumkan penurunan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia sebanyak 2.25 sen per kilowatt-jam (kWj) berkuat kuasa 1 Mac sehingga 30 Jun ini selaras dengan penjimatan semakan semula kos bahan api dan kos penjanaan (ICPT).
Menterinya, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili berkata, perkara tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat Kabinet pagi ini dan pengurangan itu bakal memberi manfaat kepada 32 peratus pengguna domestik yang melebihi 300 kWj sebulan, komersial serta industri.
Beliau berkata, kos penjimatan ICPT yang dilepaskan kepada pengguna-pengguna dalam bentuk tarif lebih rendah adalah sebanyak RM727 juta setelah mengambil kira penurunan bahan api dan penjanaan.
“Keputusan ini juga akan membolehkan pengguna-pengguna domestik terbabit bakal menikmati pengurangan bil elektrik dalam lingkungan RM13.50 hingga RM45 sebulan iaitu berdasarkan kadar penggunaan bulanan elektrik mereka.
“Jemaah Menteri turut bersetuju dengan cadangan kementerian supaya kadar tarif elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan diturunkan sebanyak 1.20 sen/kWj berkuatkuasa juga pada 1 Mac sehingga 30 Jun ini,'' katanya ketika mengumumkan ICPT dan kesannya terhadap tarif elektrik di sini.
Yang turut hadir Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Loo Took Gee.
Untuk rekod, purata kadar tarif elektrik di Semenanjung Malaysia pada masa ini adalah sebanyak 38.53 sen/kWj manakala di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan 34.52 sen/kWj.
Mengulas lanjut, Maximus berkata, bagi Semenanjung Malaysia penjimatan ICPT itu diterjemahkan dalam bentuk pengurangan tarif sebanyak 2.25 sen/kWj atau 5.8 peratus daripada purata tarif elektrik iaitu 38.53 sen/kWj.
“Bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan penurunan tarif elektrik sebanyak 1.20 sen/kWj itu mewakili penurunan sebanyak 3.5 peratus daripada purata kadar tarif semasa iaitu 34.52 sen/kWj,'' katanya.
Bagaimanapun beliau menjelaskan pengguna-pengguna domestik yang menggunakan elektrik 300 kWj dan ke bawah sebulan yang dianggarkan sebanyak 68 peratus tidak terlibat dengan keputusan hari ini.
Beliau berkata, ini disebabkan 2 faktor;
- Kadar tarif untuk jaluran asas 0-200 kWj kekal pada 21.8 sen/kWj sejak 1997
- Kadar tarif untuk penggunaan 201-300 kWj sebulan telah dikekalkan pada 33.4 sen/kWj sejak 2009.
Selain itu beliau berkata, terdapat kira-kira sejuta pengguna domestik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam jaluran asas dengan bil sebanyak RM20 dan ke bawah ditanggung oleh kerajaan.
“Oleh itu mereka tidak terlibat dalam penurunan tarif ini. Pemberian subsidi yang berjumlah RM150 juta ini juga meliputi pengguna-pengguna elektrik di Sabah dan Sarawak,'' ujarnya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, keputusan itu juga adalah hasil semakan oleh pihak kementerian dan Suruhanjaya Tenaga ke atas ICPT bersandarkan pada prestasi sebenar loji-loji jana kuasa dan kos sebenar bahan api merangkumi gas berpaip, gas asli cecair dan arang batu yang digunakan dalam penjanaan tenaga elektrik.
Kredit to Utusan Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)