Wednesday, December 31, 2014

Berita Terkini RON95 RON97 2015 : Senarai Harga Minyak Petrol Turun?

Berita Terkini RON 95 RON97 Harga Minyak Petrol Turun; Harga Baru RON95 (RM1.93) RON97 (RM2.13) 1 Januari 2015 : Setelah rakyat “dihadiahkan” untuk “menikmati” harga minyak RON95 turun sebanyak 4 sen selama sebulan sejak 1 Disember 2014 dan selepas hampir sebulan berlalu, kerajaan Malaysia mengumumkan penurunan harga RON95 minyak petrol sebanyak 30 sen bermula 1 Januari 2015 ini.
Berita terkini yang baru sahaja Berita Semasa terima yang mana kerajaan Malaysia berbesar hati mengumukan harga baru RON95, RON97 dan minyak diesel bagi awal tahun baru 2015 seperti di bawah ini :


  • harga petrol RON95 2015 : RM1.93 seliter
  • harga baru petrol RON97 2015 : RM2.13 seliter
  • harga baru minyak diesel RM2.20 2015 : RM1.96 seliter
Sehingga 31 Disember 2014, harga minyak yang dijual adalah seperti di bawah ini :
  • harga minyak RON95 31 Disember 2014 : RM2.26 seliter
  • harga minyak RON97 31 Dismeber 2014 : RM2.46 seliter
  • harga minyak diesel 31 Disember 2014 : RM2.23 seliter
minyak ron95
Pada ketika ini, harga minyak dunia berlegar pada kadar US$57 setong. Dengan penurunan harga minyak RON95 turun ini, Ahmad Maslan mahukan peniaga-peniaga menurunkan harga barang.
P/S : Dengan trend harga minyak dunia turun ini dan juga harga ron95 2015 turun di bawah paras RM2.00 seliter selepas sekian lama, dapat mengurangkan sedikit sebanyak beban rakyat Malaysia berbelanja. Apa kata anda pula?
harga ron95 2015

Kredit to Berita Semasa

Tuesday, December 30, 2014

Pesawat AirAsia berpatah balik ke Bangkok kerana 'bunyi mencurigakan









Tiada penumpang yang membatalkan penerbangan mereka dan pesawat tersebut selamat mendarat di destinasinya dengan sejam kelewatan. - Gambar fail
BANGKOK: Sebuah pesawat AirAsia yang baru sahaja berangkat ke destinasi di timur laut Thailand terpaksa berpatah balik ke Bangkok hari ini selepas juruterbang mengesan ‘sesuatu yang di luar kelaziman dalam ruang penyimpanan, ujar jurucakap rasmi syarikat penerbangan tersebut.

Insiden tersebut berlaku sejurus selepas pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di Indonesia menemui serpihan di permukaan laut yang disahkan daripada pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang sewaktu dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura Ahad lalu.

Pesawat AirAsia FD3254 kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang, Bangkok selepas ia berangkat menuju Khon Kaen pada jam 11.10 pagi waktu tempatan.

Penerbangan tersebut diteruskan kemudiannya selepas kumpulan jurutera tidak menjumpai sebarang masalah teknikal.

"Selepas berangkat dari Don Mueang, juruterbang mengesan ketidaklaziman kecil dalam ruang penyimpanan, maka atas sebab mengutamakan keselamatan penumpang, pesawat tersebut kembali mendarat di Don Mueng untuk pemeriksaan terperinci.

“Para jurutera tidak menemukan sebarang isu yang boleh menjejaskan keselamatan penerbangan FD3254,” ujar Thai AirAsia dalam sebuah kenyataan media.

Tiada penumpang yang membatalkan penerbangan mereka dan pesawat tersebut selamat mendarat di destinasinya dengan sejam kelewatan.

Seorang jurucakap AirAsia di Lapangan Terbang Don Mueng memberitahu bahawa juruterabng membuat keputusan untuk berpatah balik kerana terdengar bunyi yang mencurigakan di ruang penyimpanan. Dia bagaimanapun tidak memberitahu sebab bunyi itu berlaku.

Kredit to Astrro Awani

Monday, December 29, 2014

CHI WING KEJUTKAN LIEW DARREN


Pemain muda Lim Chi Wing melakar kejutan apabila menewaskan pemain badminton perseorangan negara Liew Darren untuk mara ke final GP Kebangsaan di Kuala Terengganu.Chi Wing, 19 menewaskan pemain pilihan ketiga Liew Darren 21-19, 21-10 sekaligus menambahkan duka pemain kebangsaan itu yang sedang melalui prestasi terburuknya tahun ini.

Kemenangan Chi Wing pasti akan memaksa Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk kembali mempertimbangkan barisan pemain badminton perseorangan negara untuk tahun 2015.

Pemain no.147 dunia itu akan berdepan Zulfadli Zulkifli pada aksi final pada Selasa.

Zulfadli yang sebelum ini terkandas di separuh akhir dua tahun berturut-turut berjaya menewaskan Iskandar Zulkarnain 21-10, 21-10.

Dalam perlawanan lain, bergu utama negara Goh V Shem/Tan Wee Kiong kecundang 22-24, 21-13 , 13-21 kepada pasangan baru Mak Hee Chun-tan Bin Shen.


Kredit TO Stadium Astro.

Tutorial Untuk Modded Aplikasi Wechat

 For Rooted and Unrooted User




1.Copy file wechat.apk yg sudah siap modini ke dalam SdCard extract kan nya pakai root explore.

2-Selesai extract file apk itu anda akan lihat senarai
folder ini :
- assets- com
- lib
- META-INF
d - r - AndroidManifest XML- classes.dex DEX - resources.arsc ARSC File
Jika semua folder ini ada bermakna cara anda extract mod fb.apk itu betul..


3-ok buka folder r dan anda perlu cari
dan buka folder p n v. Di dalam folder
tersebut terdapat icon yg telah di ubahsuai mengikut
saiz yg ditetapkan.
4-Sekarang anda boleh edit icon pilihan anda mengikut
saiz yg ditetapkan sama dgn icon yang ada dalam
folder tersebut dan save as .png icon anda itu juga dgn
nama yg sama.
5-Edit boleh menggunakan Photoshop dan setelah siap
semua editing dgn saiz dan nama yg sama. Tugas 
anda perlu copy dan paste kan icon edit anda ke dalam
folder p dan v . Secara
automatik icon edit anda angan menggantikan icon asal
di dalam folder tersebut.
7-Setelah selesai replace semua icon...anda perlu select
all files 
- assets- com
- lib
- META-INF
d - r - AndroidManifest XML- classes.dex DEX - resources.arsc ARSC dan right klik
Add to archive dan tick zip file serta letak nama yang
sesuai utk nama .apk anda nanti cth. wechatlenovo.zip.
6-Bila dah siap zip kan file Wechat anda yg dah edit tu...
7-Seterusnya download dan install aplikasi zipsigner dr
playstore.
10-Akhirnya buka zipsigner app dan select choose input
dan letak file WechatLenovo.zip anda tadi..dan 
bahagian choose output anda namakan apa file yg
anda suka TETAPI mesti letak .apk utk choose output
ini spt. wechatlenovo.apk...dan click button
Sign The File ... siap proses exit zipsigner dan boleh cari
file Wechatlenovo.apk di dalam folder yg anda simpan.
Pastikan wechat lama uninstall di Application Manager cari app wechat buat clear cache,clear data,force stop dan Uninstall. Selepas itu anda boleh install wechat anda yg telah di mod itu td.Sekian DAri saya QiEwAt.....


Kredit to Group Lenovo Phone Malaysia

Terima kasih

Thursday, December 18, 2014

ASNB umum agihan pendapatan ASB 7.50 sen seunit

KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)  mengumumkan pengagihan pendapatan 7.50 sen seunit serta bonus 1 sen seunit bagi skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014.

Pengagihan itu melibatkan pembayaran RM10.16 bilion oleh ASNB, peningkatan 10.8 peratus berbanding RM9.17 bilion yang dibayar tahun lepas.

Bonus pula melibatkan peruntukan RM804.43 juta oleh Permodalan Nasional berhad (PNB), peningkatan 19 peratus berbanding RM675.93 juta yang dibayar tahun lepas.

Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata pembayaran akan memanfaatkan 8.6 juta pemegang unit yang kini memiliki 137.07 bilion unit ASB.

“Kami boleh bayar lebih 10 sen, tetapi kami mengambil pendekatan berhemah, 7.5 sen diberi dan selebihnya dibawa kehadapan untuk tentukan perancangan seterusnya kerana portfolio kita jangka panjang bagi pulangan kompetitif," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.



Pendapatan kasar penuh ASB sehingga 16 Disember 2014 dianggar berada pada RM10.55 bilion.

Dividen yang diterima daripada syarikat pelaburan menyumbang RM4.64 bilion atau 44 peratus daripada pendapatan kasar.

Sementara itu, keuntungan daripada penjualan saham menyumbang RM4.23 bilion atau 40.1 peratus daripada pendapatan kasar dan baki RM1.68 bilion disumbang pendapatan lain.

Pengagihan keuntungan dan bonus akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang secara automatik dan pemegang unit boleh mengemaskini akaun masing-masing di cawangan berdekatan bermula 2 Januari 2015.

Kesemua transaksi bagi ASB di ibu pejabat ASNB atau cawangan digantung bermula 23 Disember 2014 hingga 1 Januari 2015 bagi membolehkan pengiraan pengagihan keuntungan dan bonus dilakukan.


Kredit Tio : Astro Awani



Wednesday, December 17, 2014

PER: HANTARAN SEMULA - PEMAKLUMAN MYCARE DAN NOTIS PERPINDAHAN


   
HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD (729288-P)
(Formerly known as AQSA SYARIF BERHAD)
No 18-2, Jalan Damai Mewah 2, Taman Damai Mewah,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Telefon: +603-8733 4636  Faks: +603-8734 9636

 
Yang Berbahagia/Dato'/Datin/Tuan/Puan,
PER: HANTARAN SEMULA - PEMAKLUMAN MYCARE DAN NOTIS PERPINDAHAN
** Sila abaikan email kami sebelum ini yang bertajuk PER: PEMAKLUMAN MYCARE DAN NOTIS PERPINDAHAN kerana terdapat kesilapan pada alamatnya. Harap maaf. **

Kepada para penyumbang sekalian

1. Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Aqsa Syarif kini telah dikendalikan di bawah Humanitarian Care Malaysia Berhad (729288-P) secara rasmi mulai 16 Julai 2014. Struktur baru organisasi kemanusiaan ini akan mula beroperasi pada 1 Januari 2015 di lokasi baru berikut:

No. 9, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
(Koordinat: 3.024969, 101.716761 or 3°01'29.9"N 101°43'00.3"E)

No. Telefon- +603-8941 2341
No. Faks- +603-8941 2034
Email- admin@mycare.org.my
2. Untuk makluman, nombor akaun untuk memasukkan sumbangan perlu dibuat atas nama "Humanitarian Care Malaysia Berhad"

Maybank Islamic Berhad - 5515 7500 4299
CIMB Islamic Bank Berhad - 8602 135 592
Bank Islam Malaysia Berhad - 1209 2010 0349 04

Pemakluman berkaitan sumbangan hendaklah dihantarkan ke account@mycare.org.my
3. Semua sumbangan yang tidak dimaklumkan tujuannya, akan dimasukkan ke dalam Tabung Amanah.

Perlu diingatkan bahawa, resit akan diberi atas permintaan. Bagi mendapatkan resit, sila hantarkan maklumat peribadi*, bukti transaksi**, dan nyatakan destinasi negara*** ke account@mycare.org.my atau +6013-744 4760 (whatsapp, telegram, atau sms sahaja). Pengesahan sumbangan akan diterima melalui sms atau emel.

*nama penuh, nombor telefon, alamat surat menyurat ,dan emel (jika ada).
**tarikh, masa, bank, dan jumlah sumbangan.
***Palestin, Syria, Iraq, Myanmar, Kemboja dll.
Terima kasih di atas sokongan yang telah diberikan kepada Aqsa Syarif dalam usaha untuk membebaskan bumi Palestin selama ini. Sama-sama kita berdoa semoga saudara kita di Bumi Al-Aqsa, Syria, Iraq, Myanmar, Kemboja dan negara-negara lain mendapat kemenangannya. InsyaAllah. Amin.


Sekian, wassalam.



Yang diamanahkan,

Encik Kamarul Zaman Shaharul Anwar
Pengurus Besar
(Ini adalah cetakan berkomputer.  Tanda tangan tidak diperlukan)

Sunday, December 14, 2014

Walking on beautiful clean ice in Slovakian Mountains






Setelah itu) dikatakan kepadanya: "Dipersilakan masuk ke dalam istana ini." Maka ketika ia melihatnya, disangkanya halaman istana itu sebuah kolam air, serta dia pun menyingsingkan pakaian dari dua betisnya. Nabi Sulaiman berkata: "Sebenarnya ini adalah sebuah istana yang diperbuat licin berkilat dari kaca". (Mendengar yang demikian), Balqis berdoa: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri dan (sekarang aku menegaskan bahawa) aku berserah diri memeluk Islam bersama-sama Nabi Sulaiman, kepada Allah Tuhan sekalian alam ".
(An-Naml 27:44)











Thursday, December 11, 2014

Penukaran nama Aqsa syarif


   
HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD (729288-P)
(Formerly known as AQSA SYARIF BERHAD)
No 18-2, Jalan Damai Mewah 2, Taman Damai Mewah,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Telefon: +603-8733 4636  Faks: +603-8734 9636

Ruj. Kami:AQSASYARIF/2014/00010
Tarikh:10 December 2014
                         

 
Yang Berbahagia/Dato'/Datin/Tuan/Puan,
PER: PEMAKLUMAN MYCARE DAN NOTIS PERPINDAHAN
Kepada para penyumbang sekalian

1. Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Aqsa Syarif kini telah dikendalikan di bawah Humanitarian Care Malaysia Berhad (729288-P) secara rasmi mulai 16 Julai 2014. Struktur baru organisasi kemanusiaan ini akan mula beroperasi pada 1 Januari 2015 di lokasi baru berikut:

No 1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA

No. Telefon- +603-8941 2341
No. Faks- +603-8941 2034
Email- admin@mycare.org.my
2. Untuk makluman, no.akaun untuk memasukkan sumbangan perlu dibuat atas nama "Humanitarian Care Malaysia Berhad"

Maybank Islamic Berhad - 5515 7500 4299
CIMB Islamic Bank Berhad - 8602 135 592
Bank Islam Malaysia Berhad - 1209 2010 0349 04

Pemakluman berkaitan sumbangan hendaklah dihantarkan ke account@mycare.org.my
3. Semua sumbangan yang tidak dimaklumkan tujuannya, akan dimasukkan ke dalam Tabung Amanah.

Perlu diingatkan bahawa, resit akan diberi atas permintaan. Bagi mendapatkan resit, hantarkan maklumat peribadi*, bukti transaksi**, dan nyatakan destinasi negara*** ke account@mycare.org.my atau +6013-744 4760 (whatsapp, telegram, atau sms sahaja). Pengesahan sumbangan akan diterima melalui sms atau emel.

*nama penuh, nombor telefon, alamat surat menyurat ,dan emel (jika ada).
**tarikh, masa, bank, dan jumlah sumbangan.
***Palestin, Syria, Iraq, Myanmar, Kemboja dll.
Terima kasih di atas sokongan yang telah diberikan kepada Aqsa Syarif dalam usaha untuk membebaskan bumi Palestin selama ini. Sama-sama kita berdoa semoga saudara kita di Bumi Al-Aqsa, Syria, Iraq, Myanmar, Kemboja dan negara-negara lain mendapat kemenangannya. InsyaAllah. Amin.


Sekian, wassalam.



Yang diamanahkan,

Encik Kamarul Zaman Shaharul Anwar
Pengurus Besar

Pemain Serbia antara 7 muka baharu Felda | News | Stadium Astro

Pemain import dari Serbia, Bojan Miladinovic yang pernah beraksi bersama kelab Uzbekistan, Pakhtakor antara tujuh pemain baharu mengikat kontrak dengan kelab Felda United bagi menghadapi saingan Liga Malaysi 2015.
Selain Miladinovic, skuad 'The Fighters' itu turut mendapatkan khidmat enam pemain tempatan bagi memperkuat cabaran mereka dalam saingan Liga Super musim depan, susulan kejayaan muncul naib juara Liga Perdana 2014 di belakang Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mereka ialah Mohd Fauzan Dzulkifli dari kelab Selangor PKNS FC, Mohd Firdaus Mohd Faudzi (Sime Darby FC), Mohamad Rashid Mohamed Aya (Sarawak), dua pemain Harimau Muda A; Muhammad Ferris Danial Mat Nasir dan Shahrul Mohd Saad serta seorang pemain skuad Bawah-23 tahun FUFC, Mohamad Zamri Ramli.

Pegawai Media FUFC Suhaimi Ikhsan dalam kenyataan berkata kelab berkenaan turut bersetuju mengekalkan khidmat 19 pemain sedia ada termasuk tiga pemain import iaitu Makeche Ndumba dari Australia serta Edward Junior Wilson dan Zah Rahan Krangar, kedua-duanya dari Liberia.

Enam belas pemain lain yang dikekalkan ialah Mohd Farizal Harun, Mohd Fairul Azwan Shahrullai, Mohammad Soffuwan Tawil, Muhammad Shukor Adan, Mohd Nasriq Baharom, Qhairul Anwar Mohamad Roslani, Mohammad Khairul Ismail, Mohd Aizulridzwan Razali dan Adib Aizuddin Abdul Latif.

Hasnizaidi Jamian, Shahrulnizam Mustapa, Muhammad Syahid Zaidon, Mohd Arif Mat Asin, Ahmad Syamim Yahya, Abdul Latiff Suhaimi serta Indra Putra Mahayuddin.

FUFC sebelum ini, menggugurkan khidmat tujuh pemain selepas perbincangan lanjut antara pengendali pasukan, Irfan Bakti Abu Salim dan pihak pengurusan.

Mereka ialah Mohd Rahman Zabul, K. Thanaraj, K. Solihin, Mohd Haris Safwan Mohd Kamal, Muhammad Asyraf Mohd Al Japri, pemain import dari Uzbekistan, Yaroslav Krushelnitsky serta Mohd Raimi Md Nor, yang kembali ke pangkuan Selangor selepas tempoh pinjamannya bersama FUFC tamat.

Untuk rekod, FUFC muncul naib juara Piala FA selepas kalah 1-2 kepada Pahang pada aksi final di Stadium Shah Alam, 7 Jun lepas.
 
Skuad 'The Fighters' turut kalah dengan agregat 5-6 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) pada peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2014


Kredit to : Stadium Astro
.

Tuesday, December 9, 2014

Jadual Perlawanan Persahabatan Negeri Sembilan



Jom penuh kan stadium penyokong Negeri Sembilan


Kredit to NS MATRIX

Cara buat baja /Mol pisang

Penyediaan FFJ / Mol Pisang

Assalamualaikum semua, hari ini dikesempatan yang ada saya akan beri resepi untuk penyediaan FFJ / Mol Pisang ( fruit fermented juice ) berasaskan buah- buahan.

bahan- bahan

1 kg pisang1 kg gula merahbekasKain dan getah

cara-cara

potong kecil-kecil pisang tadi bersama dengan kulitnya dan masukkan gula merah ke dalam bekas, tutup dengan kertas dan perap selama seminggu.selepas itu tapis dan simpan cecair dalam botol yang tidak ditutup ketat.kadar pencairan FFJ atau MOL pisang ini ialah 1;500..iaitu 50ml/25 liter air.boleh disembur pada peringkat berbunga dan berbuah, meningkatkan kualiti buah dan merangsang pengeluaran buanga.sisa pisang tadi boleh dibuat kompos.

selamat mencuba terima kasih

Kredit to : kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri

How To Do The Backhand Flick

Monday, December 8, 2014

FACEBOOK MOD










facebook man united - http://www.mediafire.com/?d4ry35wv59u2dw7  























Fb Upin Ipin - http://www.mediafire.com/download/awoyc4llg9qlzgl/FbupinIpin.apk


basikal


cara2 nak guna..

  1. download link fb yg dipilih, jgn install dulu..
  2. uninstall fb sedia ada.. 
  3. install fb di download tadi.. 
  4. done.. 

Kredit to Group Lenovo Phone


terima kasih

Sunday, December 7, 2014

How to format your android phone

Barisan Pemain Negeri Sembilan Matrix 2015



Kredit to http://www.pbn9.com/

Top 15 BWF Ranking Pemain malaysia Bulan December 2015(lelaki)






NO
Player
Ranking

1
Lee Chong Wei
2
2
Wei fong chong
22
3
Mohamad Arif Abdul Latif
42
4
Daren Liew
48
5
Misbun Ramdan Misbun
49
6
Zulfadli Zulkifli
56
7
Chun Seang Tan
61
8
Jiann Shiarng Chiang
64
9
Kwong Beng Chan
83
10
Iskandar Zulkarnain
84
11
Beng Hong Kuan
92
12
Gooh Soon Huat
108
13
Teck Zhi Soo
108
14
Zulhelmi Zulkifli
118
15
Wong kin yik
118


Kredit to : http://www.bwfbadminton.org/