Thursday, April 16, 2015

LIMA BEREGU MALAYSIA MARA KE SUKU AKHIR

Lima beregu negara menempah slot ke suku akhir setelah mengetepikan lawan masing-masing pada pusingan kedua Kejohanan Badminton China Masters 2015 yang berlangsung di Changzhou, China hari ini.
Pasangan Vivian Hoo dan Woon Khe Wei yang diletakkan sebagai pilihan pertama dalam acara beregu wanita, mara selepas menumpaskan pasangan tuan rumah Du Yue dan Li Yin Hui pada perlawanan yang berlangsung sehingga set penentuan.

Gandingan negara itu, terpaksa mengerah tenaga sebelum mengetepikan cabaran gandingan dari China itu 18-21, 21-18 dan 21-12 pada perlawanan yang berlangsung selama satu jam enam minit.

Beregu ranking ke-13 dunia itu yang juga pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2014, akan berdepan pasangan dari Jepun Arisa Higashino dan Chisato Hoshi pada  suku akhir esok.

Gandingan Jepun itu menempah slot ke suku akhir selepas mengalahkan beregu dari Thailand, Supanida Katethong dan Panjarat Pransopon 21-12 dan 21-15 dalam masa 29 minit.

Satu lagi pasangan negara Lim Yin Loo dan Lee Meng Yean, bagaimanapun gagal mara ke suku akhir selepas dikecewakan pasangan bukan pilihan dari Taiwan, Cheng Wen Hsing dan Shuai Pei Ling 21-23 dan 19-21. 

Hoon Thien How dan Lim Khim Wah terus menampilkan prestasi membanggakan pada penampilan antarabangsa pertama mereka sejak meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bulan lepas, apabila turut mara ke suku akhir.

Pasangan beregu lelaki negara itu yang baru digandingkan, menumpaskan gandingan Singapura Terry Hee Yong Kai dan Hendra Wijaya 21-19 dan 21-11.

Gandingan Malaysia itu yang mendapat 'bye' pada pusingan pertama, akan berdepan pasangan bukan pilihan dari Taiwan, Liao Min Chun dan Tseng Min Hao yang mengejutkan beregu utama China, Liu Xiaolong dan Qiu Zihan 21-17 dan 23-21.

Dua lagi pasangan beregu lelaki negara, bagaimanapun gagal mara ke suku akhir selepas tewas kepada lawan masing-masing.
    
Tan Wee Gieen dan Teo Ee Yi kalah kepada pasangan China, Huang Kaixiang dan Yu Xiaoyu 22-24, 19-21, manakala Chooi Kah Ming dan Ow Yao Han tumpas kepada satu lagi pasangan tuan rumah, Wang Yilv dan Zhang Wen 10-21 dan 16-21. 

Sementara itu, tiga pasangan beregu campuran mara ke suku akhir selepas mencatat kemenangan ke atas lawan masing-masing pada pusingan kedua hari ini.

Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying mengambil masa 31 minit untuk mengalahkan pasangan China, He Jiting dan Du Yue 21-15 dan 21-13 manakala Tan Aik Quan dan Lai Pei Jing mengetepikan cabaran gandingan Singapura Terry Hee Yong Kai dan Tan Wei Han 21-14 dan 21-17.

Tan Chee Tean dan Shevon Lai Jemie juga mempamerkan aksi bertenaga apabila menewaskan rakan senegara, Chooi Kah Ming dan Lee Meng Yean 17-21, 21-16 dan 21-16. 

Dalam pada itu, bekas juara All-England Muhammad Hafiz Hashim dikejutkan oleh pemain muda China berusia 17 tahun, Lin Gui Pu 15-21, 22-20 dan 16-21 pada pertarungan sengit yang berlangsung selama satu jam enam minit.

BAM tidak menghantar wakil dalam acara perseorangan wanita pada kejohanan Grand Prix Emas itu, yang menawarkan keseluruhan hadiah wang tunai berjumlah US$250,000 (RM926,990).

Kredit TO Stadium Astro

Wednesday, April 15, 2015

Cara Buka Telegram,whatapp di PC/Laptop

Assalamualaikum dan salam sejahtera

cara-cara nak buka telegram ,whatapp,wechtt dll di pc/laptop anda.
mula-mula anda kena download Bluestacks di SINI dan selepas tu install
di dalam pc/laptop anda.mudah saja cara install(jika tak boleh bagitahu admin)


Bluestack
Ok selepas install anda perlu sign in gmail macam biasa di hp anda untuk aktif kan playstore dan selepas itu anda boleh la download  telegram ,whatapp,wechtt dll


Playstore



Selamat Mencuba

terima kasih


Tuesday, April 14, 2015

install recovery cwm/twrp

Assalamualaikum and hi,tutorial ini khas utk newbie.. Tutorial ini adalah tutorial utk install reocvery cwm/twrp
(clockworkmod/teamwinrecoveryproject)..No pc needed
 *BACA DGN TELITI!ZOOMKN!KALAU BOOTLOOP JGN SALAHKN SESIAPA..AND KALAU NK FIX BOOTLOOP FLASH STOCK ROM..
 Syarat²nya:
 1)Phone dah ROOT
 2)Dah install MOBILEUNCLE TOOLS..(di playstore)

 Stepnya:
 1)First download recovery.img boleh didapati di google search 'cwm lenovo' (model) atau
 'Twrp lenovo (model)' atau maybe boleh didapati di group lpm atau group lenovo lain yg anda join
 2)Cut recovery.img dlm file yg anda download and paste kat di internal tnpa folder.mcm ni
   



 3)Then open mobileuncle tools and pastikan ade pop up grant/authorize..kalau xde pergi grant/authorize secara manual kat app dia..then,tkn recovery update


4)selapas itu,pilih recovery.img yg dah download and tkn ok then Tkn ok lgi to reboot into recovery
   

 Then dia akan reboot..utk confirm kan sma ada btol x dah install recovery,korg leh off kn fon dulu then tkn tombol off/on+volume down+volume down button serentak .. pastikan ade twrp or cwm..

Cwm                            Twrp
     

Kredit To Lenovo Phone Malaysia

Cara Tarik Pondan Dengar Ceramah Agama- ustaz kazim elias- lawak habis

Ustaz Kazim Elias - Cara Halau Orang (LaWaK)

Bila Hati Kita Sedih | Ustaz Kazim

Driver Acer Aspire One 532H (netbook)

Assalamualaikum dan salam sejahtera








Audio                      : Download
Bluetooh                  :Download
Lan Antheros           :Download
Touch Pad                :Download
Vga Intel                  :Download
Wirelas Atheros       :Download
Wireless Broadcom :Download



Terima kasih

Monday, April 13, 2015

Resepi Sambal Jawa


Bahan-bahannya:
Segenggam ikan bilis
10-15 tangkai cili padi kampung -potong2 
3 biji cili merah-potong2(takut meletup2)
1 biji bawang merah (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
1 inci belacan
Minyak utk menggoreng
Garam & sedikit gula
Limau kasturi -ikut suka
Caranya:
1. Mula-mula, goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat
&toskan.
2. Goreng seketika bawang merah dan putih bersama
belacan, angkat.
3. Kemudian goreng cili padi tadi. Pastikan anda
menutup kuali, kalau tidak cili padi akan meletup-letup.
4. Tumbuk kesemuanya. Tapi kalau mahu ikan bilis yg
terasa rangup ketika di makan, tumbuk kasar ikan bilis
kemudian sekali.
5. Perahkan limau kasturi mengikut citarasa anda.




Sambal Jawa

Spaghetti Bolognese

Mee Jawa Ayam

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Mee Jawa Ayam



Kredit to Norfadilawati shamsawi dan resepi ringkas


Terima kasih

Sunday, April 12, 2015

Download Perbagai Web Browse



Assalamualaikum dan salam sejahtera


                                                                      chrome  : download





                                                                  firefox   : download



                                                             safari     : download
 



                                                          opera     : download


Terima kasih