Wednesday, November 26, 2014

Jawatan Operator/Penyambut Tetamu di UNITEN

NO.IKLAN: UNITEN/SM (ADS) BIL:15/2014
Nama Jawatan Operator/Penyambut Tetamu
Gred Jawatan Kontrak
Bilangan Kekosongan 1
Lokasi Kampus Putrajaya, Universiti Tenaga Nasional
Tarikh Mula Permohonan 27/11/2014
Tarikh Tutup Permohonan 10/12/2014
Syarat-syarat Kelayakan
 a) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya : Bahasa Malaysia – Kredit Untuk Sijil Terbuka SPM, lulus sekurang-kurangnya enam (6) matapelajaran dengan kredit dalam matapelajaran Bahasa Melayu.
b) Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup iklan

Borang Permohonan Borang UNITEN 188C

Cara Memohon Permohonan hendaklah menggunakan Borang UNITEN 188C yang boleh didapati di Jabatan Sumber Manusia UNITEN atau dimuat turun dari laman intra ini. Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan-salinan Transkrip & Kelayakan Akademik, Resume/CV dan dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan), dan dialamatkan kepada

 Pengurus Kanan (Sumber Manusia) Universiti Tenaga Nasional Kampus Putrajaya Jalan IKRAM-UNITEN 43000 Kajang, Selangor.

Nota

 Permohonan hendaklah sampai kepada kami pada atau
tidak lewat dari 10 Disember 2014. Borang permohonan yang tidak lengkap dan yang diterima selepas tarikh tutup iklan tidak akan dilayan.
 Hanya pemohon yang telah disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

 Jika Berminat Email ke Dramir3gp@gmail.com untuk dapatkan borang tawaran pekerjaan


Terima kasih

Iklan Jawatan Kosong : Juruteknik (Kontrak)

NO.IKLAN: UNITEN/SM (ADS) BIL:14/2014

Nama Jawatan Juruteknik
Gred Jawatan Kontrak
Bahagian Universiti Tenaga Nasional
Lokasi Kampus UNITEN Putrajaya dan Kampus Muadzam Shah Pahang
Tarikh Mula Permohonan 27/11/2014
Tarikh Tutup Permohonan 10/12/2014

Syarat-syarat Kelayakan
  Warganegara Malaysia
  Memiliki Diploma dalam bidang Teknologi Maklumat dan Kejuruteraan Awam dari Politeknik tempatan dan universiti-universiti yang diiktiraf oleh kerajaan.
  Mempunyai SPM, dengan memperolehi sekurang-kurangnya peringkat 6C dalam matapelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik serta lulus dalam matapelajaran Bahasa Inggeris.
 Tidak rabun warna dan sihat tubuh badan
 Tidak Menghidap Sebarang Penyakit Kronik
 Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan.
 Boleh bekerja dalam satu pasukan Peringatan :
 Salinan Kad Pengenalan dan salinan sijil-sijil akademik yang telah disahkan benar perlu di fotostat di atas kertas A4 dan dimajukan bersama-sama borang permohonan.
Borang Permohonan UNITEN 188C
Lain-lain Maklumat Gaji RM1,140. Elaun pengangkutan RM225. Elaun elektrik RM85
Cara Memohon Calon-calon yang berminat bolehlah membuat permohonan
dengan memajukan borang UNITEN188C, berserta salinan dokumen-dokumen berkaitan yang telah disahkan kepada Pengurus Kanan (Sumber Manusia) Universiti Tenaga Nasional Aras 2, Bangunan Pengurusan KM 7, Jalan Ikram-Uniten 43000 Kajang Selangor
Nota
 Permohonan hendaklah sampai kepada kami pada atau tidak lewat dari 10 Disember 2014. Borang permohonan yang tidak lengkap dan yang diterima selepas tarikh tutup iklan tidak akan dilayan
 Hanya pemohon yang telah disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.


Terima Kasih

Tuesday, November 25, 2014

Livescore badminton BWF



http://www.tournamentsoftware.com/livescore/scoreboard.aspx?id=036A94D4-C8DF-4E1B-A02E-4F623422DF93

LINK  : CLICK

PENGAMBILAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 (GURU MARA)



Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebagai:

- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41

Bidang dan subjek yang ditawarkan:
- Bahasa Melayu
- Bimbingan dan Kaunseling
- Sains (Biologi, Fizik dan Kimia)
- Ekonomi
- Matematik
- Pendidikan Jasmani
- Pendidikan Islam
- Pendidikan Islam (Tahfiz)
- Media
- Pengurusan Perniagaan
- Perniagaan Antarabangsa
- Pendidikan Senireka/Visual
- Senireka Grafik
- Rekacipta
- Komputer Multimedia dan Animasi
- Geografi
- Sejarah/Sivik
- Perakaunan
- Undang-undang
- Internal Affairs Management

Iklan Pengambilan:
http://aplikasi.mara.gov.my/vacancy2/iklan/IKLAN.pdf

Borang Permohonan Online:
http://aplikasi.mara.gov.my/vacancy2/

Tarikh tutup permohonan pada 30 November 2014

Lokasi : Seluruh Malaysia


Info dari FB

Thursday, November 20, 2014

Amalan Untuk Hapus, Gugur Dosa Dengan Allah

Berwuduk, berjalan ke masjid untuk solat berjemaah, menunggu untuk solat berjemaah di masjid, memperbanyakkan bersujud (solat), memohon keampunan daripada Allah SWT samada dengan mengucapkan istigfar atau menyesali dosa yang telah dilakukan di hadapan Allah SWT agar titik hitam itu tidak kekal melekat dihati dan dipadamkan dari catatan Malaikat yang mencatitnya.
Berwuduk
Sabda Rasululullah SAW “Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk, lalu ia mencuci wajahnya, maka akan keluar dari wajahnya setiap dosa yang ia lihat (yang haram) bersamaan dengan air atau bersama titisan air terakhir, bila ia mencuci kedua tangannya, keluar dosa-dosa yang dilakukan kedua kakinya bersamaan dengan air atau bersamaan dengan titisan air terakhir hingga ia keluar dalam keadaan bersih dari dosa” (Riwayat Muslim)”
Berwuduk,Menuju Solat Jemaah dan Menanti Solat jemaah Di Masid
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Sesiapa yang bersuci di rumahnya (berwudhu’), kemudian dia pergi ke salah sebuah rumah dari rumah-rumah Allah, untuk mengerjakan sembahyang fardhu, nescaya setiap langkahnya itu: yang satu menggugurkan dosanya, dan yang satu lagi menaikkan darjatnya setingkat lagi” (Hadith sahih – riwayat Muslim
Berkata Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bertanya (kepada para sahabatnya) “Adakah kamu ingin tahu tentang sesuatu yang boleh menghapuskan dosa oleh Allah s.w.t. dan mengangkat darjat (kamu?) Maka mereka menjawab “Ya, wahai Rasulullah s.a.w.” Sabda Baginda, “Berwuduklah dengan cara bersungguh-sungguh ketika kesejukan, dan banyakkanlah langkah menuju  ke masjid-masjid (untuk sembahyang)menanti sembahyang selepas sembahyang adalah jihad“. Di dalam hadith daripada Malik bin Anas, itu adalah jihad, itu adalah jihad (disebut sebanyak dua kali dalam Riwayat Muslim)
Kisah seorang sahabat yang merasa amat berdosa setelah mencium seorang perempuan yang masuk ke dalam kedainya, lalu berjumpa Rasulullah s.a.w. Dari Anas r.a. katanya “Seorang laki-laki datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata: “Ya, Rasulullah! Aku telah melanggar hukum. Maka tegakkanlah hukum atas diriku. (hukumlah aku)!” Kata Anas, “Ketika itu telah masuk waktu sembahyang, maka dia sembahyang berjemaah bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w. Setelah selesai sembahyang, dia berkata lagi kepada Baginda, “Ya, Rasulullah!. Aku telah melanggar hukum. Maka tegakkanlah hukum atas diriku sesuai dengan Kitab Allah.”. Tanya Rasulullah s.a.w. “Apakah engkau tadi sembahyang berjemaah bersama-sama kami?. Jawabnya “Ya!”. Sabda Rasulullah s.a.w. “Nescaya Allah mengampuni engkau.”
Banyakkan Solah
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru bahawa Baginda bersabda: Apabila seorang hamba bersembahyang, dibawa dosa-dosanya lalu diletakkan di atas kepalanya ataupun tengkuknya, maka setiap kali dia ruku’ atau sujud, maka gugurlah dosa itu daripadanya
Mohonlah Keampunan
..Dan dosa tidak dilupakan (selagi tidak diminta keampunan atau bertaubat)….(Riwayat Baihaki)
Dosa terhadap Allah swt memerlukan pengampunan samada melalui taubat, istigfar atau penyesalan. 
“Dan kamu mohonlah keampunan daripada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Baqarah:199)
Penyesalan
Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya seorang hamba melakukan suatu perbuatan dosa tetapi apabila dia teringat perkara tersebut, maka dia merasa sedih; apabila Allah melihatnya benar-benar bersedih hati, maka dia mengampuni apa yang dilakukannya itu sebelum dia mengkifarahnya (menebusnya) tanpa melalui sembahyang dan tanpa berpuasa (Riwayat Ibnu Asakir melalui Abu Hurairah r.a.).
Istigfar
Rasulullah s.a.w bersabda “Sesiapa yang ketika merebahkan dirinya ke tempat tidur mengucapkan istighfar 3 kali, Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun seumpama buih lautan, sebanyak bilangan daun pokok, sebanyak bilangan pasir halus dan sebanyak bilangan hari-hari dunia.” (Riwayat Tirmidzi)
Bertaubat dan beristigfar itu mengugurkan dosa dan dosa itu dipadamkan dari buku amalan. Sebaliknya diganti dosa kejahatan itu dengan pahala istigfar. Malaikat yang menulis amal kejahatan juga dilupakan tentang kejahatan yang dilakukan.
Sesiapa yang bertaubat kepada Allah dengan taubat yang murni, maka Allah melupakan dua malaikat pencatit amalnya, semua anggota tubuhnya dan tempat-tempat ia melakukan dosa, sehingga semuanya tidak dapat menjadi saksi bagi kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa yang dikerjakan (sebelum ia bertaubat) – Riwayat Abu Abbas al-Hamadani

Kredit To https://nasbunnuraini.wordpress.com/

Sunnah Membaca Surah Al-Kahfi



Membaca surah al-Kahfi. Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (Sahih, al-Hakim:3392, disahihkan oleh al-Albani)

Click surah : ALkahfi

Sunday, November 16, 2014

Ranking badminton Pemain Malaysia Bulan November (lelaki)

Top 15 Single Lelaki Malaysia



NO
Player
Ranking

1
Lee Chong Wei
1
2
Wei fong chong
23
3
Mohamad Arif Abdul Latif
53
4
Daren Liew
64
5
Chun Seang Tan
67
6
Zulfadli Zulkifli
74
7
Misbun Ramdan Misbun
75
8
Gooh Soon Huat
94
9
Iskandar Zulkarnain
108
10
Jiann Shiarng Chiang
110
11
Beryno Jian Tze  Wong
118
12
Kian Meng Tan
122
13
Teck Zhi Soo
141
14
Kwong Beng Chan
146
15
Nur Mohd Azryin Ayob
159


Info dari BWF


Terima kasih

Pemain Negeri Sembilan yang tamat kontrak

Up Date Info.
Dari 26 pemain musim 2014 :
A) Pemain yg akan tamat kontrak pd 30 Nov 2014 seramai 11 org.
1. Tengku Qayyum
2. Abdul Halim Zainal
3. Eddy Helmi
4. Mohd Alif
5. Mohd Firdaus
6. Muszaki Abu Bakar
7. Mohd Zulfaizham Khamis
8. Norhafiz Zamani Misbah
9. Nantha Kumar
10. Ivan Babic ( April 2014)
11. Philani Kubheka ( April 2014).
Kesemua yg akan tamat kontrak ini, 'dilepaskan' oleh PBNS.
B) Manakala 15 pemain lagi, kontrak mereka akan tamat pd 30 Nov 2015.
1. Mohd Kaharuddin
2. Mohd Yatim
3. Mohd Radzuan Abdullah
4. Mohd Nizam Abu Bakar
5. Sivanesan Shanmugam
6. Pauneswaran
7. Mohd Fauzi Nan
8. Badrul Zaman Abd Halim*
9. Mohd Dzaiddin
10. Sumardi Hajalan *
11. Kavichelvam
12. Mohd Shoufiq *
13. Sivakumar M. Munusamy
14. Kim Jin Ryong
15. Jean Marc Alexandra
Sumardi Hajalan* , Badrul Zaman Abd Halim* dan Mohd Shoufiq* telah bersetuju menamatkan kontrak mereka pd 30 Nov 2014.

Kredit to Persatuan bola sepak negeri sembilan -rasmi


terima kasih

Dowload Update Whatapp Plus (Latest)

Assalamualaikum..selamat pagi semuanya...ok sekali lagi Whatapp plus telah mengupdate kan dirinya sendri...
ini version 6.41 wassap plus biru cracked by krowne...sama dengan wassap oren cuma icon lain sikit
-untuk non rooted fon
-bole hide online status
-hide blue ticks
-icon kemas sperti wassap hijau
-yang lain explore sendiri







Kredit to Group Lenovo Phone Malaysia


terima kasih




Tuesday, November 11, 2014

iPhone 6 Plus Full In-Depth Review--128GB Space Gray Model

Cara-cara Buat Baja Organik

OHN - (Oriental Herb Nutrient) juga dikenali dgn nama FPE (Fermented Plant Extract).



Baja Organik


Kegunaan : Sebagai imunisasi, iaitu untuk menguatkan pokok dari serangan kulat, bakteria jahat, juga serangan serangga.
Bahan yg biasa dan boleh digunakan untuk membuat OHN, antaranya ialah : bawang putih (mengandungi anti bakteria), halia ( penguat akar), kunyit hidup (anti fungal). Bahan lain yg juga punya kandungan anti bakteria/fungal yg boleh dicuba, antaranya ialah daun mambu/neem, daun gelenggang, daun betik, akar patawali/seruntun, dan banyak lagi.
Cara pembuatan :
Potong bwg putih, sekali kulitnya, campurkan dgn gula merah (ratio 1 : 1). Masukkan dlm bekas plastik, tutup rapat atau tutup dgn kain, pastikan tiada serangga masuk kedlm bekas peraman. Peram seminggu atau sebulan, kemudian tapis. Cara yg sama juga digunakan untuk membuat OHN halia dan kunyit hidup.
Cara penggunaan :
Cairkan 5ml OHN + 1L air, sembur pd pokok dan tanah. Buat 1@2 x seminggu. Boleh dicampurkan dgn mol ikan, EM dan baja organik lain semasa diberikan kepada tumbuhan.


Kredit to Kebun Bandar : Jom tanam Sendiri 

Monday, November 10, 2014

BAGAIMANA UNTUK MEMILIH RAKET BADMINTON.

Ini hanyalah panduan asas bagaimana untuk memilih raket badminton yang sesuai dengan anda. Walaubagaimanapun ini tidak bermakna panduan ini adalah 100% tepat untuk semua tetapi bersesuaian dengan kebanyakan pemain secara keseluruhannya. Panduan ini juga bukan bertujuan untuk menidakkan pengetahuan dan pengalaman anda sebelum ini dalam pemilihan raket yang paling sesuai. Andainya panduan ini bercanggah dengan pengetahuan dan pengalaman yang telah anda miliki, adalah lebih baik untuk mengikut ilmu yang anda ada kerana anda lebih memahami kesesuaian raket dengan diri anda sendiri.
Pemilihan Raket Untuk Kali Pertama
Jika anda masih baru dalam sukan badminton dan berhajat untuk mendapatkan raket untuk kali pertama, cara yang paling selamat adalah untuk memilih raket yang balanced. Berikut adalah ciri-ciri raket yang perlu diberi keutamaan:
• Material: Hanya raket carbon/graphite
• Bentuk frame: Isometric
• Berat: Medium (84g-86g)
• Balance point: Balanced (285-290mm)
• Saiz grip: G4/G5 (Yonex terminology)
• Stiffness: Medium stiff
• Ketegangan tali: 25 lbs dan ke atas
Apabila anda sudah menyenarai pendek raket-raket yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas, anda seterusnya boleh mula untuk mempertimbangkan jenama-jenama yang ada di pasaran, rekabentuk, kombinasi warna dan juga yang paling penting adalah harga. Biasanya setiap jenama mempunyai teknologi tersendiri untuk membolehkan raket keluaran mereka mudah dipasarkan. Anda boleh mengambilkira faktor ini juga tetapi kebiasaannya semakin banyak teknologi pada raket semakin tinggi harganya.
Satu lagi nasihat untuk anda adalah cuba pasang tali pada ketegangan sekitar 23-24 lbs untuk pertama kali. Ini adalah ketegangan medium yang biasanya digunakan oleh pemain-pemain badminton sosial. Setelah mula biasa bermain, anda boleh meningkat/menurunkan ketegangan tali ini mengikut skil, kekuatan dan corak permainan anda. Semakin lama anda bermain, anda akan menyedari adakah raket tersebut sesuai dengan keperluan anda atau tidak. Walaubagaimanapun, tiada cara yang tepat untuk menentukan raket pertama anda ini adalah paling sesuai untuk anda.
Menukar Raket Sedia Ada Dengan Raket Yang Baru
Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan raket yang ada dan mahu mencari raket yang baru, anda boleh mengikut panduan berikut:
• Material: Seperti biasa, hanya pilih raket carbon/graphite.
• Bentuk frame: Isometric, jika anda telah mempunyai skil untuk memukul bulu tangkis tepat ke sweet spot secara konsisten, maka anda boleh juga mempertimbangkan raket berbentuk oval-head.
• Berat:
Soalan:
Adakah anda merasakan raket anda sekarang terlalu berat atau terlalu ringan?
Raket yang berat bermakna adalah sukar untuk anda menggerakkan raket tersebut dari satu posisi ke posisi yang lain.
Raket yang ringan pula bermakna anda dapat memnggerakkan raket terlalu mudah dan anda memerlukan raket yang lebih berat untuk menambahkan tenaga dalam pukulan-pukulan anda.
Keputusan:
Jika raket anda terlalu berat, dapatkan raket yang lebih ringan. Mulakan dengan raket yang lebih ringan sebanyak 2 atau 3 gram berbanding raket anda sekarang.
Jika raket anda terlalu ringan, dapatkan raket yang lebih berat. Mulakan dengan raket yang lebih ringan sebanyak 2 atau 3 gram berbanding raket anda sekarang.
Berat 84-85g merupakan berat yang sesuai untuk kebanyakan pemain.
• Balance point:
Soalan:
S1: Anda gemar membuat pukulan smash tetapi pukulan anda kurang bertenaga?
S2: Anda suka bermain secara bertahan dan tidak selalu membuat pukulan smash atau anda gemar bermain secara pantas (bahagian hadapan gelanggang) dan raket sedia ada tidak membolehkan anda bermain seperti itu?
Keputusan:
Jika anda menjawap YA untuk S1, anda patut mendapatkan raket yang head-heavy. Raket seperti ini akan membantu anda menyalurkan lebih tenaga kepada setiap pukulan. Kebiasaannya raket head-heavy mempunyai balance point sekitar 291cm atau lebih. Anda boleh tentukan raket apa yang perlu dipilih dengan menjadikan raket sedia ada sebagai penanda aras balance point yang sesuai.
Jika anda menjawap YA untuk S2, anda patut mendapatkan raket yang head-light atau balanced. Raket sebegini akan menambahkan kelajuan hayunan pukulan anda. Walaubagaimanapun, anda akan kehilangan sedikit tenaga dalam pukulan yang dibuat. Kebiasaannya raket balanced mempunyai balance point sekitar 285-290cm dan 284cm ke bawah untuk raket head-light. Anda boleh tentukan raket apa yang perlu dipilih dengan menjadikan raket sedia ada sebagai penanda aras balance point yang sesuai.
• Saiz grip:
G4 atau G5 (Yonex terminology) – anda boleh menambahkan ketebalan grip dengan menggunakan replacement grip yang lebih tebal.
• Stiffness:
Jika anda merasakan raket anda sekarang bergetar setiap kali anda membuat pukulan dan anda rasakan pukulan-pukulan anda kurang bertenaga walaupun tepat mengenai sweet spot, mungkin raket tersebut terlalu stiff untuk anda. Ini bermakna anda tidak mempunyai cukup tenaga atau kepantasan hayunan untuk melenturkan shaft raket anda. Jadi anda perlu mencari raket yang kurang stiff. Kebiasaannya raket medium stiff atau flexible adalah percaturan terbaik. Satu nasihat sebelum anda menukar raket, cuba kurangkan ketegangan tali raket anda dan lihat sama ada ia membantu. Ketegangan tali yang kurang akan meningkatkan daya lantunan bulu tangkis dan dapat menyerap stiffness raket.
Sekiranya anda mempunyai tangan yang kuat tetapi pukulan anda tidak bertenaga walaupun telah memukul tepat mengenai sweet spot, kemungkinan raket anda sekarang tidak cukup stiff untuk anda. Dapatkan raket yang lebih stiff daripada raket yang anda gunakan sekarang.
• Ketegangan tali
Jika anda rasakan raket anda tidak memberikan cukup tenaga kepada pukulan-pukulan anda, cuba rendahkan ketegangan tali untuk menambahkan daya lantunan pada raket anda. Cara ini kebiasaannya berkesan. Walubagaimanapun, tali yang kurang tegang akan menyukarkan kawalan dan ketepatan pukulan kerana lantunan yang lebih. Ketegangan tali sekitar 21-22lbs adalah ketegangan yang paling rendah untuk kebanyakan raket masa kini.
Jika ada rasakan pukulan anda cukup bertenaga dan mahukan lebih kawalan dan ketepatan dalam setiap pukulan, anda perlu meningkatkan ketegangan tali raket anda. Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk tidak melepasi ketegangan maksimum yang dinyatakan dalam spesifikasi raket anda kerana raket anda mungkin akan patah atau retak. Dapatkan nasihat daripada stringer anda.
Raket Atau Teknik? Kenapa Bukan Raket Yang Paling Mahal?
1. Teknik adalah faktor yang paling penting dalam permainan badminton dan bukannya raket. Kadang-kala anda akan merasakan tidak sesuai dengan raket anda walaupun anda telah mencuba pelbagai cara. Masalah ini kadang-kala bukan pada raket tetapi pada teknik anda. Apabila anda bermain dengan teknik yang salah, walau ape jenis raket sekali pun, anda tidak akan dapat keputusan seperti yang dikehendaki. Tiada cara pantas untuk mengubah keadaan ini kecuali dengan mempelajari dan berlatih lebih giat lagi. Mendapatkan nasihat daripada pemain yang lebih bagus merupakan satu cara terbaik untuk memperbaiki teknik anda.
2. Anda mungkin bertanya, kenapa tidak memilih raket termahal sekali di pasaran memandangkan anda mempunyai bajet yang cukup untuk mendapatkannya. Ini adalah satu kesilapan yang sering disalahtafsirkan oleh ramai pemain. RAKET PALING MAHAL BELUM TENTU SESUAI DENGAN ANDA. Sesetengah pemain hanya mengikut trend jenis raket yang digunakan oleh pemain profesional dengan beranggapan raket tersebut pastinya adalah raket yang terbaik di pasaran. Walaupun bagi sesetengah orang ia mungkin betul, bagi sesetengah yang lain ia tidaklah begitu tepat. Sebagai contoh, kebanyakan raket hi end yang mahal di pasaran mempunyai shaft yang stiff dan jika anda tidak mempunyai cukup kekuatan tangan atau kelajuan hayunan pukulan, anda akan menghadapi masalah di mana pukulan anda kurang bertenaga. Jadi panduan ini sedikit sebanyak bolehlah digunakan untuk anda memilih raket yang sesuai dengan anda atau anda boleh mengikut pengetahuan dan pengalaman anda dalam memilih raket sekiranya anda sudah mempunyai sedikit kepakaran untuk berbuat demikian.

Kredit to kelab badminton pdrm kanowit

KEMERDUAN AL FATIHAH USTAZ ZULKARNAIN HAMZAH

Sunday, November 9, 2014

Sistem Tenaga (badminton)

Didalam sistem badan manusia, terdapat 3 peringkat tenaga boleh digunakan.

1. Sistem Anaerobik Alaktik @ Sistem Fosfagen @ ATP-CP.
  • Menggunakan ATP (Tenaga Simpanan) yang terdapat dalam tisu otot rangka sahaja.
  • Terhad - Hanya 0 - 10 saat.
  • Contoh pelari pecut 100m dan 200m.
  • Fiber Otot Putih banyak digunakan.
2. Sistem Anaerobik Laktik.
  • Setelah ATP-CP abis, maka sistem kita akan menggunakan tenaga ATP yang dijana semula. Tenaga ini adalah daripada sumber glikogen yang disimpan dalam otot dan hati.
  • Terhad - 10s ~ 2 minit.
  • Contoh pelari jarak sederhana 400m dan 800m.
  • Fiber Otot Putih-Merah akan digunakan
3. Sistem Aerobik.
  • Dikenali sebagai sistem oksigen.
  • Menjana jumlah ATP paling banyak.
  • Menggunakan karbohidrat dan lemak yang banyak terutamanya lemak2 berkrim yang kita kumpul selama kita banyak makan.
KESIMPULAN.
  • Dalam badminton, kesemua bentuk tenaga ini kita gunakan, tetapi yang paling banyak digunakan adalah Sistem Tenaga Kedua (Anaerobik Laktik).
  • Lee Chong Wei adalah contoh terbaik dalam badminton memiliki tahap tenaga yang baik untuk semua bentuk tenaga.
  • Kita boleh bahagikan bentuk fizikal manusia berdasarkan tenaga yang mereka ada. 100 m (otot besar). 400m (otot sederhana) dan jarak jauh (otot kecil - tengok lemak di tangan pun macam x de).

Kredit tu Group BADAM

10 CARTA MELETOP LAUNCHER FOR ANDROID





























[Download herehttps://play.google.com/store/apps/details?id=com.actionlauncher.playstore ]

Kredit to Group Lenovo Phone Malaysia