Sunday, November 9, 2014

Sistem Tenaga (badminton)

Didalam sistem badan manusia, terdapat 3 peringkat tenaga boleh digunakan.

1. Sistem Anaerobik Alaktik @ Sistem Fosfagen @ ATP-CP.
  • Menggunakan ATP (Tenaga Simpanan) yang terdapat dalam tisu otot rangka sahaja.
  • Terhad - Hanya 0 - 10 saat.
  • Contoh pelari pecut 100m dan 200m.
  • Fiber Otot Putih banyak digunakan.
2. Sistem Anaerobik Laktik.
  • Setelah ATP-CP abis, maka sistem kita akan menggunakan tenaga ATP yang dijana semula. Tenaga ini adalah daripada sumber glikogen yang disimpan dalam otot dan hati.
  • Terhad - 10s ~ 2 minit.
  • Contoh pelari jarak sederhana 400m dan 800m.
  • Fiber Otot Putih-Merah akan digunakan
3. Sistem Aerobik.
  • Dikenali sebagai sistem oksigen.
  • Menjana jumlah ATP paling banyak.
  • Menggunakan karbohidrat dan lemak yang banyak terutamanya lemak2 berkrim yang kita kumpul selama kita banyak makan.
KESIMPULAN.
  • Dalam badminton, kesemua bentuk tenaga ini kita gunakan, tetapi yang paling banyak digunakan adalah Sistem Tenaga Kedua (Anaerobik Laktik).
  • Lee Chong Wei adalah contoh terbaik dalam badminton memiliki tahap tenaga yang baik untuk semua bentuk tenaga.
  • Kita boleh bahagikan bentuk fizikal manusia berdasarkan tenaga yang mereka ada. 100 m (otot besar). 400m (otot sederhana) dan jarak jauh (otot kecil - tengok lemak di tangan pun macam x de).

Kredit tu Group BADAM

No comments:

Post a Comment