Tuesday, November 11, 2014

Cara-cara Buat Baja Organik

OHN - (Oriental Herb Nutrient) juga dikenali dgn nama FPE (Fermented Plant Extract).



Baja Organik


Kegunaan : Sebagai imunisasi, iaitu untuk menguatkan pokok dari serangan kulat, bakteria jahat, juga serangan serangga.
Bahan yg biasa dan boleh digunakan untuk membuat OHN, antaranya ialah : bawang putih (mengandungi anti bakteria), halia ( penguat akar), kunyit hidup (anti fungal). Bahan lain yg juga punya kandungan anti bakteria/fungal yg boleh dicuba, antaranya ialah daun mambu/neem, daun gelenggang, daun betik, akar patawali/seruntun, dan banyak lagi.
Cara pembuatan :
Potong bwg putih, sekali kulitnya, campurkan dgn gula merah (ratio 1 : 1). Masukkan dlm bekas plastik, tutup rapat atau tutup dgn kain, pastikan tiada serangga masuk kedlm bekas peraman. Peram seminggu atau sebulan, kemudian tapis. Cara yg sama juga digunakan untuk membuat OHN halia dan kunyit hidup.
Cara penggunaan :
Cairkan 5ml OHN + 1L air, sembur pd pokok dan tanah. Buat 1@2 x seminggu. Boleh dicampurkan dgn mol ikan, EM dan baja organik lain semasa diberikan kepada tumbuhan.


Kredit to Kebun Bandar : Jom tanam Sendiri 

No comments:

Post a Comment