Tuesday, January 6, 2015

Kisah Imran Bapa Maryam (ibu kepada Nabi Isa A.S)

Assalamualaikum


Makam  Imran 


Imran . adalah  bapa kepada Mariam iaitu ibu Nabi Isa A.S. Nama sebenar  Imran ialah Imran bin Hasyim bin Amun. Beliau berkahwin dengan Hannah binti Faqud bin Qabil dan telah dikurniakan oleh Allah seorang anak perempuan bernama Mariam. Kedua-dua mereka mempunyai darah keturunan Nabi.

Surah Ali Imran
Imran dan keluarganya telah dimuliakan oleh Allah S.W.T. seperti mana yang telah terdapat dalam Al Quran surah Ali Imran ayat 33 yang bermaksud : "Allah telah memilih Adam, dan Nuh, dan keluarga Ibrahim, dan keluarga Imran, di atas semua alam".

Kehidupan keluarga Imran sederhana. Mereka tinggal di perkampungan Nazareth, Palestin. Kegiatan ekonomi penduduk di perkampungan itu lebih tertumpu kepada kegiatan pertanian yang pernah dilakukan oleh nenek moyang mereka. Kebanyakan daripada mereka menjalankan kegiatan pertukangan kayu. Mereka mengutip hasil kayu dari hutan dan kemudiannya menjual kayu tersebut kepada pelanggan yang mahu membelinya. Ada juga di antara mereka yang mahir membuat kasut dan mengeringkan buah tin sebagai pekerjaan mereka. Imran . menyimpan hasrat untuk tinggal di Jerusalem. Beliau ingin berkhidmat di Baitulmuqaddis. Beliau pernah bermimpi menjadi siak di tempat suci di Baitulmuqaddis dan bermimpi menjaga kebersihan dan membantu kerja-kerja menjaga tempat suci itu.

Isteri Imran telah bernazar kepada Allah S.W.T. agar Allah S.W.T. menerima anaknya Mariam untuk menjadi ahli Ibadat kepadaNya seperti mana yang terdapat dalam surah Ali Imran ayat 35 yang bermaksud : (Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:" Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

Demikianlah kisah mengenai  Imran.


3 comments:

  1. Assalamualaikum, saya ingin tahu buku rujukan apa yang saudari gunakan untuk menulis tentang nabi imran? Wujud ke perbahasan tentang status nabi imran ini sama ada beliau nabi atau bukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam saya tiada buku rujukan saya hanya search di internet sahaja ,wallahualam tak pernah dengar tentang perbahasan samada imran ini nabi atau tidak

      Delete
  2. Salam, nak tanya kenapa ayat bermula dengan 'Imran, adalah salah seorang bapa kepada Mariam'. Mariam ada berapa orang bapa?

    ReplyDelete