Bahan bahannya1. Bekas yg ada penutup.. boleh diupgrade letak kepala paip (supaya senang nak ambik tehnya) kalo idak..kena ceduk dr atas..susah skit la2. Sisa makanan.. segala2 yg kita makan dan tak abis.. termasuk tulang lembu,ayam,ikan,nadi,sayur,kulit buah, kulit telur, nasi,mi..3. Gula merah. Ratio 1kg sisa:1kg gula merah
Cara caranya1. Tabur gula merah pada dasar bekas lbh kurang seinci.2. Basuh sisa dgn penyejat untuk membilas minyak. 3. Masukkan dalam bekas yg telah tersedia.4. Tutup rapat rapat supaya tidak dihurung lalat.
Sekiranya ingin menambah sisa1. Masukkan sisa ke dalam. 2. Setelah sisa setebal 4 inci, tabur semula gula merah anggaran 2 inci.
#pemerhatian*Sekiranya sisa peraman berbau masam busuk, bermaksud gula merah tidak mencukupi. Sila tambah gula merah* Untuk percepatkan pereputan, boleh dimasukkan air basuhan pertama beras. 1 kali aje utk permulaan* Peram selama 3 bulan setelah bekas penuh. Setelah 3 bulan, tuai teh hingga btl2 kering.Sisa peraman dicampur dgn tanah utk medium penanaman
TEH BOKASHI boleh dituai setiap tiga hariTeh dilarut 1:10 dengan air yang bebas klorin untuk siraman atau spray pada daun dan batang.
Boleh jg dijadikan pencuci toilet,longkang,simen
- 1. Kepala paip tu tujuannya spy sng tuai tehnya kerana air yang terhasil tidak banyak.
- 2. Kita peram sisa hingga 3 bulan, dlm proses peraman tu akan terhasil air. Jd air tu yg kita tuai setiap tiga hari.
- 3. Dilute 1:10 dgn air tanpa klorin (air paip ditakung > dibiar dlm baldi dlm 3 hr)
- 4. Campuran tu blh dispray sbg bj foliar atau siraman
Kredit to KebunBandarJomTanamSendiri
No comments:
Post a Comment