Monday, August 3, 2015

Fungsi Overdrive (button Hold) untuk Naza Ria dan Kia Carnival

OverDrive.......apa fungsinya?
Untuk Naza Ria/Kia Carnival, ia dilengkapi dengan butang "HOLD" pada gear. Bila kita start enjin, kereta kita biasanya akan dalam keadaan overdrive ON, bila anda tekan butang tu, ia akan OFF fungsi overdrive kereta anda (lampu "HOLD" akan nyala).
Jadi, apa fungsinya?
Overdrive sebenarnya boleh dibayangkan sebagai kereta sedang hidup dengan 4 gear. Kalau sesiapa yang pernah bawak kereta manual, mesti tahu kereta manual ada 5 gear kan? Gear yang paling tinggi adalah gear 5 (ada yang hanya mempunyai 4 gear). tapi itu untuk kereta manual.
Untuk kereta automatic pula, kebiasaannya gear yang paling tinggi adalah gear 4! Dan gear 4 itu buleh kita anggap sebagai overdrive ON. Bila kita OFF overdrive, bersamaan gear 4 telah dimatikan, dan kita telah turun ke gear 3. Sebab tu bila kita OFF overdrive, meter RPM kita akan naik tinggi. Sama la jugak kalau kereta manual, kita turunkan gear semasa bergerak, meter RPM pun akan naik tinggi. So dah buleh bayangkan camne overdrive bertindak?
Itu cuma anggapan je la, lebih senang faham fungsi overdrive bila kita anggap begitu. Tapi yang sebenarnya adalah begini......
Gear automatic sebenarnya hanya mempunyai 3 gear!! Maka dengan 3 gear sahaja, apabila anda memecut dengan kelajuan 100kmh kat highway, meter RPM anda akan mengaum. Kalau bawak manual pun, gear 3 ini kita bawak masa 40kmh ke 55kmh je, bila dah masuk 60kmh, kita pun tukar ke gear 4 kan? Tapi untuk kereta auto, bila dah 60kmh, tak ada gear yang lagi tinggi selain gear 3, maka overdrive akan mengambil alih tugas dengan menyalurkan gear tambahan di transmisi anda sebagai gear ke-4. Selain itu, overdrive akan memastikan yang pusingan ratio kereta anda berlainan. Pusingan tayar akan lebih daripada pusingan drivesyaft supaya enjin tidak perlu bekerja keras untuk memusingkan tayar, sebab itu ketika ini meter RPM akan jatuh. Tetapi, kelemahan pada overdrive yang ON ini adalah, torque yang dihasilkan akan rendah. Ibaratkan kita cuba mula pecut dengan gear 5 semasa memandu kereta manual. sudah pasti sukar untuk memotong kenderaan lain.
Minyak kereta dan torque adalah perkara penting mengenai overdrive ini. Kereta auto yang mempunyai fungsi overdrive sudah pasti menggunakan minyak yang kurang daripada kereta auto yang tiada fungsi overdrive. Sebab itu, kalau anda menggunakan wira auto 1.5, anda akan dapati ia menggunakan minyak sama banyak seperti kereta sedan 2.0 yang ada fungsi overdrive.
Apa kelebihan overdrive?
1. Keadaan ON: Menjimatkan minyak. Semasa bergerak di lebuhraya, momentum kelajuan sudah cukup untuk maintain kelajuan kereta anda. Apabila overdrive ini dalam keadaan ON dan bertindak, ia akan meletakkan transmisi dalam gear tambahan dan ini akan merendahkan pusingan enjin anda dengan mengurangkan pusingan ratio enjin dan drivesyaft. Maka enjin tidak perlu bekerja keras dan ini sudah pasti menjimatkan minyak kereta.
2. Keadaan OFF: Semasa anda menuruni bukit, overdrive yang ON akan membuatkan transmisi anda bergerak lancar tanpa sebarang halangan. Ini akan menyebabkan kereta anda bergerak bertambah laju semasa menuruni bukit. Sekiranya overdrive ini OFF, pergerakkan akan menjadi perlahan disebabkan gear yang rendah digunakan, dan ini akan membantu anda mengawal pergerakkan kereta anda dengan lebih selamat.
3. Keadaan OFF: Memberi lebih torque kepada kereta anda. Semasa kita hendak memotong kereta lain ataupun semasa menaiki bukit, Overdrive yang OFF akan memberi kita lebih kuasa torque untuk menggerakkan kereta. Ini kerana, semasa overdrive ON, torque menjadi rendah akibat daripada gear tambahan yang digunakan. Maka apabila anda ingin pecutan lebih, OFF kan overdrive anda. Namun sebaliknya kereta anda akan makan minyak lebih sikit ler..
Maka, daripada kelebihan dan kelemahan fungsi overdrive diatas, dapatlah kita agak bila nak ON overdrive dan bila nak OFF overdrive. Pada pendapat saya dan cara memandu saya sendiri, saya akan sentiasa OFF overdrive ( lampu "HOLD" menyala) semasa saya memandu semasa menaiki dan menuruni bukit dan juga ketika hendak memotong kenderaan lain. Selebihnya saya akan membiarkan kereta saya dalam keadaan overdrive ON. Sebenarnya ada juga orang yang akan OFF overdrive semasa kesesakkan jalanraya dan memandu dibawah 50kmh. Itu semua terpulang kepada cara pemanduan masing-masing. Mana kaedah yang dirasakan akan menjimatkan minyak kenderaan anda, buleh anda lakukan.


Kredit to Ria Carnival Komuniti

6 comments:

  1. Adakah tanda butang hold itu kerana kekurangan minyak gear.. Mohon pencerahan whatapps 0146912821

    ReplyDelete
  2. Setelah membaca fungsi HOLD bermakna lampu HOLD perlu sentiasa menyala ke..mohon pencerahan..

    ReplyDelete
  3. Lampu HOLD pada meter tiada Lena mengena dgn kekurangan munyak gear.seeloknya biarkan lampu HOLD menyala pada kelajuan dibawah 80km/j

    ReplyDelete
  4. Mohon info nya om,lampu hold berkedip itu kenapa y

    ReplyDelete
  5. Om saya mau tanyak,saya punya kia karnival disel,indikator hold berkedip itu apa nya,mohon bantuan nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Om kudianto, punya saya indikator hold berkedip juga.. Apa ada solusinya?

      Delete