Ramai orang faqih (cerdik) tetapi tidak faqih (beramal dengan ilmunya); sesiapa yang ilmunya tidak bermanfaat untuk dirinya, nescaya kejahilannya akan membawa mudarat terhadap dirinya. Bacalah Ai-Quran selagi ia mencegahmu, apabila ia tidak mencegahmu (dari hal-hal yang dilarang) bererti kamu tidak membacanya (Riwayat Thabrani)
Kadang-kadang ada orang yang memiliki ilmu tetapi ilmu itu tidak dipraktikkan atau amalannya berlainan daripada ilmunya.
Kadang-kadang ada org faqih (cerdik) tetapi tidak cerdik (tidak beramal dengan kecedikannya) kerana tidak mengikuti ilmunya.
Sesiapa yang ilmunya tidak memandunya ke arah kebaikan, maka kejahilan akan merosakkannya.
Kadang-kadang ada orang yang membaca ayat-ayat quran tentang perkara yang dilarang atau diharamkan Membaca quran tetapi tidak mempraktikkan isi kandungannya seperti tidak patuh kepada larangan Allah seolah-olah tidak membacanya (walaupun memdapat pahala bacaan) Jika bacaan quran itu tidak boleh menyekat pembacanya dari melakukan apa yang dilarang, ia bermakna bacaannya itu tidak memberi faedah kepadanya. Misalnya dia membaca ayat tentang larangan seperti “Jangan menghampiri zina” tetapi dia tidak mematuhinya..
Kredit to Nasbun nurain
No comments:
Post a Comment