…dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. (Ali-Imran:19)
Mereka Tahu Tentang Kedatangan Nabi Akhir
Semasa golongan Yahudi berada di Madinah mereka bekerja sebagai petani. Mereka selalu bergaduh dengan Bumiputera Madinah yang merupakan golongan peniaga. Apabila bergaduh, mereka selalu berdoa dan mengadu kepada Allah “dengan keberkatan kitab yang diturunkan kepada nabi akhir zaman”. Namun apabila Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan, mereka mengingkari Baginda walaupun Baginda juga mengesahkan kebenaran kitab Injil dan Taurat serta Kenabian Nabi Isa dan Nabi Musa
Dalam al Quran Allah berfirman; “ya’rifunahu kama ya’rifuna abnaahum.” yang bermaksud “mereka mengenalinya (Nabi Muhammad saw) sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka.”. Ibubapa tetap akan kenal anak mereka walaupun lama terpisah. Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian).
Hanya Kerana Dengki
An-Nisaa [54] : Atau patutkah mereka dengki kepada manusia (Nabi Muhammad dan umatnya) disebabkan nikmat (pangkat Nabi dan agama Islam) yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya?
Golongan Yahudi dan Nasrani merasa dengki dengan jawatan Nabi yang diberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Baginda Mulia tidak pernah meminta jawatan dan pangkat kenabian itu. Bahkan Baginda melarang para sahabatnya meminta-minta jawatan.
Perhitungan (perkiraan amal) di Padang Mahsyar bagi golongan yang kufur ini sangat cepatkerana mereka tidak memilik Kalimah Syahadah dan terus dijatuhkan ke dalam neraka semasa meniti Sirat.
Tidak Perlu Berhujah Dengan Mereka Kerana Mereka Sudah Tahu Kebenaran.
Mereka hanya sekadar ingin mengelirukan sahaja. Kedatangan nabi Muhammad SAW sudah diterangkan dalam kitab-kitab mereka. Berbeza dengan bangsa Arab yang buta huruf pada masa itu dan tidak juga didatangkan kitab tentang kebenaran.
Oleh sebab itu jika mereka berhujah (menyangkal dan) membantahmu (wahai Muhammad), maka katakanlah: Aku telah berserah diriku kepada Allah dan demikian juga orang-orang yang mengikutku.Dan bertanyalah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab dan orang-orang yang Ummi (orang-orang musyrik Arab): Sudahkah kamu mematuhi dan menurut (agama Islam yang aku bawa itu)? Kemudian jika mereka memeluk Islam, maka sebenarnya mereka telah memperolehi petunjuk dan jika mereka berpaling (tidak mahu menerima Islam), maka sesungguhnya kewajipanmu hanyalah menyampaikan (dakwah Islam itu) dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat (tingkah laku) sekalian hambaNya. (Ali-Imran:20)
Kredit to nasbun nurain
No comments:
Post a Comment