Sunday, June 21, 2015

NASI HUJAN PANAS

Nasi Hujan Panas

Bahan-bahan:

3 cawan beras Basmathi- basuh dan toskan
1 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak masak
1 labu bawang besar- hiris halus dan dadu kecil
2 ulas bawang putih dicincang
1 inci halia dihiris halus
1 batang kulit kayu manis,
2 kuntum bunga lawang,
3 kuntum bunga cengkih,
5 biji buah pelaga
5 cawan air rebusan ayam- *** sediakan dengan merebus beberapa ketul ayam - bahagian peha atau kepak dengan 6 cawan air- didihkan lebih kurang 10 minit.
2 sudu teh garam
2 helai daun pandan dicarik dan disimpul
sedikit pewarna merah, kuning dan hijau
kismis, bawang goreng dan gajus

Cara:

1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk nasi di atas dapur. Tumis rempah ratus (4 serangkai) bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
2. Masukkan beras dan goreng 1 minit. Kacau sebati. Alihkan periuk ke dalam periuk elektrik. Masukkan air rebusan, garam dan daun pandan ke dalam periuk nasi. Masak nasi seperti biasa.
3. Apabila nasi masak , celupkan lidi sate ke dalam pewarna merah dan cucukkan ke beberapa tempat di dalam nasi. Ulang proses sama untuk warna hijau dan kuning. Jangan kacau nasi. Biar 5 minit. selepas 5 minit..Taburkan bawang goreng, gajus dan kismis. Kacau nasi agar warna sekata bagi keseluruhan periuk.
4. Sedia dihidang bersama lauk-pauk lain.



Kredit to Resepi Sahabat

No comments:

Post a Comment